‘Kaki sabotaj’ akan terima padah malam ini?

'Pengkhianat' ibarat menunggu 'tali gantung'

Oleh – Bakhtiar Omar


'Kaki sabotaj' akan terima padah malam ini?

‘Kaki sabotaj’ yang membuat onar dalam Umno dijangkakan akan menerima padah malam ini. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini dikatakan akan menyelesaikan semua tindakan yang telah ditangguhkan selama ini.



Semua mata tertumpu pada kehadiran MKT Umno dan semua pertimbangan yang telah diambil mereka selama ini. Semua maklum, pada PRU15, BN mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah apabila Umno hanya menang 26 kerusi sahaja dan keseluruhan BN hanya memperolehi 30 kerusi.

Apa sahaja yang diputuskan MKT malam ini bukanlah bersifat dendam politik. Semua tindakan telah diperhalusi kesan dan risiko kepada parti setelah tindakan tegas dilakukan.

Parti perlu dibersihkan dari anasir sabotaj dan undur khianat jika mahu Umno kembali pulih. Semua ahli berhak bersuara dan saluran yang sebetulnya disediakan untuk mereka bersuara.

Tidak timbul masalah sekiranya luahan suara ketidakpuasan hati disalurkan dengan betul. Malah, jika Zahid sendiri melanggar Perlembagaan Umno, ahli boleh memfailkan laporan kepada Lembaga Disiplin Umno dengan mengemukakan semua bukti dakwaan.



GELARAN ‘KLUSTER MAHKAMAH’ DICIPTA OLEH PEMIMPIN UMNO SENDIRI?

'Kaki sabotaj' akan terima padah malam ini?

Ramai yang menyalahkan Presiden Umno, Zahid Hamidi atas kekalahan teruk dengan mengaitkan imej beliau yang dilabelkan sebagai ‘kluster mahkamah’.

Jangan terkejut, gelaran ‘kluster mahkamah’ sebenarnya dicipta oleh beberapa pemimpin Umno sendiri yang bercita-cita untuk mengambil-alih tampuk kepimpinan parti.

Bagaimanapun, pemimpin yang menuding kekalahan ini hanya kepada Zahid sebenarnya merupakan pemimpin yang bacul. Siapa sangka, selepas kalah pada 2018, Zahid sejurus mengambil alih tugas dari Najib Razak yang meletakkan jawatan selaku Presiden Umno, Zahid menerima pelbagai tekanan terutama dari PM pada ketika itu.



Sehingga ada desakan PM agar Zahid membubarkan Umno dan membawa semua ahli menyertai PPBM namun sikap ‘keras kepala’ Zahid telah menyelamatkan Umno. Natijahnya, Zahid dikenakan pelbagai tuduhan oleh Mahathir.

Bukan mudah untuk Zahid melayari Umno tanpa sokongan dan bantuan dari Timbalannya, Mohamad Hj Hasan dan Najib Razak yang membawa fenomena bossku.

‘LANGKAH SHERATON’ DIMANIPULASI PUJUK UMNO BERNAUNG BAWAH PN

'Kaki sabotaj' akan terima padah malam ini?

Umno juga membuat beberapa keputusan membabitkan negara walau pada ketika itu bukan sebuah parti yang mempunyai majoriti. Termasuklah ketika Muhyiddin mahu membentuk kerajaan selepas ‘Langkah Sheraton’ dilakukan.



Walaupun begitu, peranan Umno/BN dalam Kerajaan Perikatan Nasional sangat terhad dan ada pemimpin Umno dimanipulasi oleh Muhyiddin untuk memujuk Umno agar bernaung di bawah PN. Pada ketika itu, Muhyiddin telah berjaya ‘mengumpan’ PAS untuk bersama mereka.

Sangat mengecewakan sikap beberapa pemimpin Umno seakan berubah selepas semakin lunak bersama PPBM dan Perikatan Nasional. Pelbagai alasan dan hujah diberikan agar Umno menerima pelawaan Muhyiddin agar Umno bernaung di bawah PN.

UMNO DIBEBANKAN DENGAN TUGAS MEMBERSIHKAN ‘NAJIS’ PERIKATAN NASIONAL

Sehinggalah Muhyiddin meletakkan jawatan, Umno diberikan peranan untuk kembalikan negara ke posisi yang sebenarnya. Kerja ‘mencuci’ semua kekotoran serta sisa kerja Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dipikul Umno.



Dengan besar hati, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri diberikan tanggungjawab untuk mengemudi Putrajaya walau jika diikutkan herarki beliau bukanlah selayaknya. Namun, demi rakyat Malaysia, Presiden dan Timbalan Presiden tetap menyokong pemilihan Ismail Sabri sebagai PM.

AHLI UMNO WAJAR NILAIKAN SENDIRI KESETIAAN PEMIMPIN UMNO KEPADA PARTI

Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?

Banyak yang boleh dirungkaikan dan telah dinilaikan ahli Umno sepanjang 2018-2022. Umno mampu berdiri megah pada PRN Melaka dan PRN Johor, namun salah pertimbangan serta perkiraan menyebabkan imej Umno jatuh lebih teruk selepas Parlimen tidak dibubarkan tepat pada waktunya.

Enggan menuding siapa yang salah, biarlah segalanya dinilaikan sendiri ahli Umno. Merekalah ‘nyawa’ Umno dalam ertikata sebenar. Malah, Zahid sendiri tidak akan mampu berdiri dalam Umno jika ahli sudah tidak memberi sokongan kepadanya.



Tidak perlu para ‘broker’ cuba mencatur politik dalaman Umno kerana mereka perlu sedar, ahli Umno tidak mudah dibeli dengan taburan wang ringgit bagi mengubah prinsip mereka yang sayangkan Umno.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button