Mahathir tulis berkenaan Najib sebab hendak “divert” kes Sulu dan tindakan disiplin barua barua nya dari UMNO.

“Out of the blue” Mahathir tulis pasal Datuk Seri Najib dan menuduh Najib akibatkan kerosakan akhlak orang Melayu.

Walaupun Mahathir telah di anggap sebagai barang ‘reject” oleh masyarakat Melayu ditolak 100% dengan kehilangan wang deposit dimana sahaja parti ada jenama Mahathir bertanding , namun sikap ego Mahathir dan sikap tidak sedar diri tidak membuat Mahathir terhenti menulis dan mengkritik Najib.

Apabila direnung dan difikirkan , apakah yang mendorong Mahathir tiba tiba menulis berkenaan Najib? Maka beberapa perkara didapati.

Insiden terbaru dimana permintaan waris kesultanan Sulu terhadap Petronas telah di tolak oleh mahkamah Luxembourg berkemungkinan salah satu sebab Mahathir menulis untuk menutup kecuaian kerajaan nya.



Ia seperti diumum oleh Menteri Azalina Othman.

Atas sebab kecuaian kerajaan Mahathir menulis surat memohon maaf kepada Waris kerajaan kesulatanan Sulu maka pihak penuntut telah menganggap surat mohon maaf itu sebagai tanda mereka ada hak dan pengiktirafan hak mereka oleh kerajaan cuai Tun Mahathir.

Maka , atas khilaf dan cuai itu tuntut berpuluh billion aset Petronas telah di tuntut oleh Sulu.

Ada juga certa cerita nakal tentang Mahathir sememang dari dulu mengidam kan aset Petronas dan cuba membeli nya dari Sulu jika Sulu berjaya membuat tuntutan , namun itu sekadar cerita nakal tanpa pembuktian.



Apa pun Kembali kepada topik diatas , dimana Mahathir pasti cuba alih tumpuan dengan tulisan terbaru nya berkenaan Najib.

Mahathir akan tulis apa sahaja asal bukan berkenaan rasuah Zeti dan Nazlan.

Umum tahu sebab sebab nya.

Sebenar nya Mahathir malu kepada Najib dan sentiasa melepas geram nya kepada Najib.

Ini kerana Najib suka beri wang rakyat kepada rakyat ,perbuatan ini memalukan Mahathir yang terkenal kedekut dan suka alih wang rakyat kepada kroni nya dalam bentuk “bailout” atau penciptaan projek.

Itu cara Mahathir alih wang tanpa terlihat mencuri.

Maka apabila Najib tidak seperti Mahathir, maka timbul lah geram Mahathir kepada Najib.

Selain cubaan alih isu supaya rakyat tidak bicara isu cuai kerajaan Mahathir terhadap tuntutan kesultanan Sulu mungkin juga Mahathir cuba alih tumpuan terhadap ramai balaci dan barua nya akan digantung atau dipecat dari UMNO malam ini.

Ramai dari Kluster khianat atau Broker akan dikena kan tindakan disiplin oleh MKT UMNO malam ini.

Mereka sudah dikenal pasti membuat kerja sabotaj dan berkerja untuk pihak lawan terutama nya Tun Mahathir.

Maka, atas sebab faktor faktor diatas , tulisan Mahathir sekadar kosong dan bertujuan alih perhatian sahaja.

Mahathir terlalu lama sangat dalam persada politik, sehingga apa yang hendak dilakukan semua sudah diketahui walaupun perguna pihak lain yang ditakutkan dengan kes dan dakwaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker