Meninggal dunia ketika memandu

Meninggal dunia ketika memandu

Meninggal dunia ketika memandu
Kenderaan dipandu bekas pegawai khas kepada mantan ADUN Batang Kali yang meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi semalam. – Foto Ihsan polis

HULU SELANGOR: Seorang bekas pegawai khas kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu berhampiran lampu isyarat Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.14 pagi.

Katanya, ketika ditemui lelaki berusia 52 tahun itu tidak sedarkan diri dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.



“Hasil siasatan mendapati mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan bekas pegawai khas mantan ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perumahan Anggerik Bukit Sentosa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suffian berkata, mangsa yang memandu Proton Exora dipercayai mendapat serangan jantung sehingga kenderaan dipandunya terbabas di tempat kejadian.

“Pegawai Perubatan hadir di lokasi dan mengesahkan kematian mangsa.



“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

Meninggal dunia ketika memandu

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker