Lelaki didakwa cederakan isteri kerana lewat sediakan susu bayi

Lelaki didakwa cederakan isteri kerana lewat sediakan susu bayi

Lelaki didakwa cederakan isteri kerana lewat sediakan susu bayi
Tertuduh, Shahmoonzhir didakwa sengaja mencederakan isterinya pada Ahad lalu

MELAKA: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan sengaja mencederakan isterinya kerana lewat menyediakan susu untuk bayi mereka dalam kejadian tengah malam, Ahad lalu.

Tertuduh, Shahmoonzhir Mohd Nazim, 32, dari Bukit Lintang, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di di hadapan Majistret, Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isteri yang berusia 30 tahun, di rumah mereka dekat Batu 6, Solok Balik Bukit, Bukit Lintang di sini, kira-kira jam 12 tengah malam 1 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam kejadian itu, tertuduh dikatakan bertindak membaling kipas terhadap isterinya kerana marah apabila lambat menyediakan susu untuk anak sulung mereka berusia tujuh bulan.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, pihak pendakwaan Hakim mencadangkan jaminan RM10,000 dan syarat tambahan dilarang mengganggu isterinya dan saksi pendakwaan.

Tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung anak yang masih kecil.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 November depan untuk sebutan lantikan peguam dan serahan dokumen.

Lelaki didakwa cederakan isteri kerana lewat sediakan susu bayi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker