Pedrosa sertai GP Sepanyol

London: Dani Pedrosa bakal tampil di MotoGP menerusi tiket ‘wildcard’ pada Grand Prix (GP) Sepanyol di Jerez, April depan, menurut pasukan Red Bull KTM semalam.

Pedrosa, 37, bersara dari kejohanan pada penghujung 2018 dengan 31 kemenangan kelas utama yang diraih ketika bersama Honda tetapi masih menggalas tugas sebagai pelumba ujian buat pasukan berpangkalan di Austria itu.

Selain bergelar juara dunia tiga kali kategori junior, Pedrosa turut menjadi naib juara tiga kali MotoGP bersama Repsol Honda.



Aksi wildcard terakhirnya di GP Styria pada 2021 yang menyaksikan dia menduduki tempat ke-10.

“Saya gembira dia bersedia berlumba walaupun tampil dengan tiket wildcard. Ini menunjukkan betapa pentingnya dia kepada pasukan.

“Berdasarkan pemerhatian, dia tidak akan tampil dengan wildcard jika dia berasakan jentera tidak kompetitif.



“Jadi saya berharap dia memberikan petanda yang betul untuk itu,” kata Pengarah Perlumbaan KTM, Pit Beirer.

Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button