Pengumpul besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Pengumpul besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Pengumpul besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati
Pengumpul besi buruk, R Saravanan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari. – Foto NSTP/L Manimaran

IPOH: Pengumpul besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan pindaan membunuh seorang pengawal keselamatan lapan tahun lalu.

Hakim, Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhi hukuman itu terhadap R Saravanan, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan melampaui munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Tertuduh kelihatan tenang sewaktu hukuman itu dijatuhkan terhadapnya.



Berdasarkan pertuduhan pindaan, lelaki itu didakwa membunuh K Gobinathan, 44 tahun di belakang Restoran Nashmeer di Laluan Klebang Restu 2, Medan Klebang Restu , Chemor, di sini antara jam 12 tengahari hingga 1 petang pada 5 Julai 2015.

Bagi perbuatan itu dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin dan tertuduh diwakili peguam bela, T Vijayandran.

Sebanyak tujuh saksi pendakwaan serta lima saksi pembelaan hadir sepanjang perbicaraan berlangsung.



Lelaki dipenjara 40 tahun, 32 sebatan rogol OKU

Pengumpul besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker