Polis tumpaskan sindiket dadah di KL, rampasan bernilai lebih RM200,000

Polis tumpaskan sindiket dadah di KL, rampasan bernilai lebih RM200,000

Polis tumpaskan sindiket dadah di KL, rampasan bernilai lebih RM200,000
Datuk Azmi Abu Kassim

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah di ibu kota dengan penahanan lima lelaki tempatan serta merampas lebih 17 kilogram (kg) dadah jenis heroin dan ganja yang dianggarkan bernilai RM206,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 29 hingga 34 tahun ditahan dalam operasi berasingan di sekitar ibu kota sejak Rabu lepas sehingga semalam.

Azmi berkata dalam operasi pertama Rabu lalu di Taman Cannaught, Cheras di sini, polis menahan empat lelaki yang membawa kepada penemuan heroin seberat 12.3kg dianggarkan bernilai RM191,000 di dalam sebuah kereta di taman permainan kanak-kanak berhampiran.

“Operasi kedua esoknya, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di tepi Jalan San Peng, di sini pada 12 tengah hari dan merampas ganja seberat sekilogram.

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penemuan ganja seberat lima kilogram di sebuah bilik simpanan alat pemadam api bomba di sebuah perumahan awam di jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azmi tiga daripada suspek yang ditahan, positif dadah jenis ganja dan kesemua mereka mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Katanya sindiket berkenaan aktif sejak tiga bulan yang lepas dan menjadikan kenderaan serta bilik simpanan alat pemadam api sebagai stor dadah bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Semua dadah yang dirampas diperoleh daripada pembekal di sekitar Lembah Klang dan dipercayai untuk pasaran di sini (Kuala Lumpur),” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas barang kemas bernilai RM15,000, wang tunai RM870 dan Toyota Camry bernilai RM 40,000 dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM261,870.

Katanya semua suspek direman sehingga 1 Feb depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Indonesia akui sukar tumpaskan militan Jemaah Islamiyah

Polis tumpaskan sindiket dadah di KL, rampasan bernilai lebih RM200,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker