Resepi kari ayam bonda

Resepi kari ayam bonda
Resepi kari ayam bonda

 

Resepi kari ayam bonda Che’ Nom, resepi istimewa yang sesuai dihidangkan dengan Ketupat, pulut kuning dan roti jala. Walaupun menggunakan bahan banyak tetapi cara memasak resepi Kari Ayam ini tidaklah begitu sukar, pastikan anda menggunakan santan dari kelapa yang segar untuk rasa yang memuaskan. Resepi istimewa untuk berbuka puasa dan hari raya.

 

Bahan-bahan:

 

  • 500 gram ayam dipotong
  • 1 senduk besar minyak masak
  • Bahan untuk ditumbuk halus:
    • 4 ulas bawang putih
    • 4 ulas bawang merah
    • 1 inci halia
  • Bahan untuk ditumis:
    • 1 tangkai daun kari
    • 4 biji buah pelaga
    • 1 batang kayu manis
    • 3 tangkai bunga cengkih
    • 2 biji bunga lawang
    • 1/2 biji bawang dihiris nipis
  • Bahan-bahan lain berkaitan:
    • 1 sudu besar kerisik
    • 1 mangkuk santan pekat
    • 1 mangkuk santan cair
    • 3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes
    • 2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
    • 1 biji tomato dipotong 4
    • 1 asam keping

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan
  3. Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
  4. Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
  6. Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
  7. Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
  8. Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.
  9. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
  10. Langkah terkahir, masukan tomato. Selamat mencuba

 

Tip:

 

  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak dan tidak sedap

Resepi Kari Telur Sedap

Resepi kari ayam bonda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker