Solskjaer letak syarat kendali Everton

London: Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan menjadi calon terkini mengendalikan Everton tetapi dia mahu kelab menandatangani dua bintang Manchester United.

Solskjaer tidak terikat dengan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Red Devils pada November 2021.

Tetapi dia mungkin kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berunding dengan Everton, menurut Fabrizio Romano.



Everton dilaporkan tertarik dengan kemajuan United dibawah kendalian Solskjaer apabila dua kali layak ke Liga Juara-Juara dan muncul naib juara Liga Europa.

Namun Solskjaer, 49, mahu Toffees memperkuatkan skuad sebelum dia bersetuju menerima tawaran sebagai pengurus.

Bekas penyerang itu mahu Everton menandatangani kapaten United, Harry Maguire dan pemain tengah, Scott McTominay yang dipercayai mahu dilepaskan United bagi mengurangkan beban kewangan.

Kedua-duanya kurang mendapat tempat dalam senarai kesebelasan selepas kehadiran Casemiro dan Lisandro Martinez.



Maguire mungkin boleh diperoleh secara pinjaman manakala McTominay turut menarik perhatian Newcastle.

Everton mempunyai beberapa calon lain tetapi mungkin mengetepikan Marcelo Bielsa yang menuntut £6 juta (RM31.46 juta) setahun.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button