WHO siasat pengilang ubat batuk tercemar akibatkan kematian 300 kanak-kanak

WHO siasat pengilang ubat batuk tercemar akibatkan kematian 300 kanak-kanak

WHO siasat pengilang ubat batuk tercemar akibatkan kematian 300 kanak-kanak
SEORANG ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Gambia meneliti bungkusan yang mengandungi ubat-ubat batuk di Banjul. -AFP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang kaitan antara pengilang sirap batuk tercemar dengan kematian lebih 300 kanak-kanak di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan.

WHO sedang mencari lebih banyak maklumat mengenai bahan mentah khusus yang digunakan oleh enam pengilang di India dan Indonesia untuk menghasilkan ubat yang dikaitkan dengan kematian berkenaan baru-baru ini.

Pertubuhan itu juga sedang menyiasat sama ada pengilang itu memperoleh bahan mentah daripada pembekal yang sama, namun WHO tidak menamakan mana-mana pembekal yang terbabit.

WHO juga sedang mempertimbangkan sama ada mahu mengeluarkan nasihat kepada keluarga di seluruh dunia, menilai semula penggunaan sirap batuk untuk kanak-kanak bagi memastikan keselamatan mereka, sementara siasatan sedang dijalankan.

Pakar WHO sedang menilai bukti sama ada, atau bila, produk sedemikian diperlukan dari segi perubatan untuk kanak-kanak.

Kematian kanak-kanak akibat kecederaan akut buah pinggang bermula pada Julai 2022 di Gambia, diikuti dengan Indonesia dan Uzbekistan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sekitar Oktober lalu dan awal bulan ini, WHO menghantar amaran membabitkan beberapa produk khusus dan meminta ia dikeluarkan dari rak penjualan, antaranya ubat batuk sirap buatan Maiden Pharmaceuticals dan Marion Biotech, yang dikaitkan dengan kematian di Gambia dan Uzbekistan.

Amaran turut dikeluarkan untuk ubat batuk dari empat pengeluar Indonesia, iaitu PT Yarindo Farmatama, PT Universal Pharmaceutical, PT Konimex dan PT AFI Pharma, yang dijual di dalam negara itu.

WHO berkata kematian itu dikaitkan dengan sirap batuk yang dijual di kedai tanpa memerlukan preskripsi atau lesen, yang diambil oleh kanak-kanak untuk penyakit biasa.

Sirap ubat batuk itu mengandungi toksin yang diketahui, seperti diethylene glycol atau ethylene glycol.

Setakat ini, WHO telah mengenal pasti enam pembuat ubat di India dan Indonesia yang menghasilkan sirap itu.

Mereka sama ada enggan mengulas mengenai siasatan atau menafikan menggunakan bahan tercemar yang menyumbang kepada sebarang kematian.

“Ini adalah keutamaan tertinggi bagi kami, untuk memastikan tiada lagi kematian kanak-kanak daripada sesuatu yang boleh dicegah,” kata jurucakap WHO, Margaret Harris, tanpa mengulas lanjut mengenai butiran kerja pertubuhan itu.

Agensi kesihatan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata ia sudah luaskan siasatan terhadap potensi pencemaran diethylene glycol dan ethylene glycol dalam sirap ubat batuk di empat lagi negara di mana produk sama mungkin dijual iaitu Kemboja, Filipina, Timor Leste dan Senegal.

WHO menggesa pemerintah lain dan industri farmaseutikal global untuk melancarkan pemeriksaan segera bagi menghapuskan ubat yang tidak berkualiti serta menambah baik peraturan. – AGENSI

Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

WHO siasat pengilang ubat batuk tercemar akibatkan kematian 300 kanak-kanak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker