Wanita England terkejut cicak eksotik Mesir ‘tumpang’ bekas buah strawberi

Wanita England terkejut cicak eksotik Mesir ‘tumpang’ bekas buah strawberi

Wanita England terkejut cicak eksotik Mesir ‘tumpang’ bekas buah strawberi
Cicak tokek eksotik ditemukan di dalam bekas buah strawberi di England baru-baru ini.-AGENSI

LONDON: Seorang wanita England yang membeli sebungkus strawberi dari sebuah kedai runcit terkejut apabila menemukan seekor cicak tokek eksotik yang turut ‘menumpang’ di dalam bungkusan buah itu selepas dipercayai menempuh perjalanan lebih 4,000 kilometer dari Mesir.

Menurut wanita itu, Nikata Moran, dia membeli sebungkus strawberi dari kedai berhampiran dan menyimpan buah berkenaan di dalam peti sejuk selama lebih dua jam selepas pulang ke rumahnya di Fallowfield di pinggir bandar Manchester.

“Saya mengeluarkan strawberi dari peti sejuk dan melihat ada sesuatu yang bergerak-gerak tetapi mulanya menyangka hanyalah labah-labah.



“Apabila saya melihat semula, rupanya ada cicak tokek kecil yang masih hidup. Saya sangat terkejut tetapi saya berjaya memasukkannya ke dalam sudu dan memindahkannya ke dalam bekas plastik kerana haiwan itu bergerak terlalu pantas,” katanya.

Inspektor Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA), Rachel Henderson dipanggil ke rumah Moran untuk menangkap reptilia kecil kira-kira 2.5 sentimeter itu, yang dipercayai berasal dari Mesir dan telah mengembara jauh bersama strawberi berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya menjangka akan disambut dengan sesuatu yang lebih besar tetapi apabila membuka kotak itu, saya perlu melihat dua kali untuk mengesan di mana cicak itu.

“Cicak itu sangat kecil dan saya tidak tahu bagaimana sesuatu yang begitu kecil bertahan hidup untuk sekian lama di dalam bekas yang tertutup,” kata Henderson.



Cicak tokek itu dilaporkan dibawa ke Pusat Veterinar Ashleigh dipindahkan untuk dibela oleh badan Penyelamat Haiwan Eksotik Reptilia di bandar Ossett di West Yorkshire.

Henderson berkata, haiwan itu berada dalam keadaan sihat dan ekornya yang putus sedang tumbuh semula.-AGENSI

Rina Harun paling popular kerana cicak dan unggas

Wanita England terkejut cicak eksotik Mesir ‘tumpang’ bekas buah strawberi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker