Cara nak buat anak ‘respect’ pada ayah
Antara cara nak buat anak respect pada ayah.
Kebaikan bila respect berbanding takut ialah anak tu jadi lebih rapat & lebih selesa dengan kita.
1. Pandang muka anak
Masa cakap dengan anak pastikan kita pandang muka dia, eye contact perlu ada. Jangan membelakangkan anak ketika bercakap.
2. Jadi tegas bukan garang
Garang ni mulut je lebih. Jerit, pekik, cakap kasar. Impak dia tiada. Tapi tegas adalah tindakan kita, tanpa bersuara pun anak boleh rasa ketegasan kita. No means No.
3. Sikap lebih kurang
Respect perlu di raih tak boleh di paksa. Ada ketika anak mahu buat pilihan sendiri, ada ketika anak mahu sesuatu, tak salah sekali sekala kita lebih kurang dengan permintaan dia.. elak guna kuasa veto!
4. Sentiasa bimbing dia
Bila anak buat silap, usah fokus pada masalah tapi bantu dia cari solusi. Bila anak tak yakin diri, jangan paksa tapi bimbing dia, naikkan keyakinan dia. Besar makna kata-kata perangsang dari seorang ayah!
5. Tunjuk ambil berat
“Abg okey?, kakak lukis apa tu?, jom adik kita main”
Simple sangat. Rajinkan mulut tanya keadaan anak, apa dia buat, apa dia suka, apa dia tak suka dan seumpamanya.
Anak yang rasa selalu di ambil berat akan jadi sangat rapat & sangat selesa dengan orang tersebut. Sungguh!
6. Akhir sekali senyum
Penat ke, malas ke, ngantuk ke bila nampak anak tercongok depan mata senyum la..
Senyuman yang ikhlas dapat meningkatkan mood & emotional regulation anak anak tau
FB Mohd Fhais Salim