Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO

Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO

Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO

Ismail Sabri tetap Ismail Sabri dan akan selama-lamanya berperangai seperti Ismail Sabri.

Sikap telunjuk lurus tetapi kelingking berkait terus menebal di dalam diri Ismail Sabri.

Beliau berada di dalam mesyuarat MKT UMNO yang memutuskan supaya tindakan displin diambil ke atas 6 orang pemimpin UMNO dan ratusan ahli akar umbi.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/01/28/sikap-sebenar-pemimpin-umno-yang-di-pecat-dan-di-gantung-akan-menjadi-semakin-jelas/

Tidak pasti sama ada Ismail Sabri bersetuju atau membantah keputusan yang dibuat oleh MKT UMNO malam itu.

Tetapi mengikut prinsip demokrasi, suara majoriti adalah keputusan mutlak dan penulis difahamkan lebih 90% ahli MKT bersetuju dengan tindakan displin yang diambil.

Seharusnya sebagai seorang yang merasakan diri adalah ‘pemimpin yang berpengalaman’, apabila majoriti sudah bersuara, maka beliau mesti akur tanpa ada-ada cakap di belakang.

Kalau ada bantahan atas keputusan yang hendak diambil, ianya mesti disuarakan secara berdepan sebagai anak jantan.

Tetapi sebagaimana yang penulis katakan di awal penulisan ini, Ismail Sabri tetap akan berperangai seperti Ismail Sabri.

Hanya berani berkokok di luar gelanggang, ketika di dalam gelanggang, ibarat ayam betina yang terangguk-angguk untuk membiang dengan ayam jantan.

Alasan yang digunakan oleh Ismail Sabri adalah proses tindakan displin tidak mengikut perundangan.

Ismail Sabri berkata, selain tidak mematuhi proses perundangan ia juga bertentangan dengan prinsip ‘natural justice‘.

Penulis mahu bertanya, fasal berapa dalam Perlembagaan UMNO yang bertentangan dengan proses tindakan displin tersebut?

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/pemecatan-penggantungan-pemimpin-umno-tidak-patuh-proses-perundangan-ismail-sabri-404058

Ismail Sabri juga mendakwa kononnya Lembaga Disiplin UMNO tidak pernah nasihat pecat atau gantung pemimpin UMNO.

Oleh itu tindakan yang diambil itu adalah menyalahi Perlembagaan UMNO.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1057227/lembaga-disiplin-umno-tak-pernah-nasihat-pecat-gantung-pemimpin

Kenyataan Ismail Sabri Boleh Memberikan Gambaran Buruk Terhadap UMNO

Mungkin Ismail Sabri ada masalah kemurungan politik yang membuatkan beliau ada masalah ingatan.

Fungsi Lembaga Displin adalah untuk menyiasat setiap lapuran yang dibuat oleh ahli UMNO atas salah laku ahli lain yang melanggar Perlembagaan UMNO.

Dapatan siasatan akan dirujuk kepada MKT UMNO untuk tindakan seterusnya.

Kuasa untuk menentukan tindakan disiplin yang hendak diambil adalah kuasa mutlak MKT UMNO, sama ada dengan atau tanpa nasihat dari Lembaga Disiplin UMNO.

Fasal 10.6 Perlembagaan UMNO dengan jelas menyatakan kuasa MKT dalam menentukan taraf pendaftaran, penggantungan dan pemecatan ahli UMNO.

Rujuk di sini:

Perlembagaan UMNO 2022

Tidak ada dalam Perlembagaan UMNO, keputusan tindakan disiplin yang hendak diambil oleh MKT UMNO mesti selepas mendapat lapuran dari Lembaga Disiplin.

Jadi sebagai peguam pencen, rasanya lebih baik Ismail Sabri tidak lagi bercakap mengenai undang-undang.

Semakin banyak beliau bercakap mengenai undang-undang, semakin ketara kekurangan beliau dalam hal perundangan.

Atau mungkin kiblat politik Ismail Sabri masih lagi menghala ke arah PPBM atau lebih tepat lagi ke arah Muhyiddin Yasin.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri dilihat senada dengan kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin.

Muhyiddin juga dilihat cuba meletakkan kesalahan ke atas Presiden UMNO, DS Zahid, atas tindakan disiplin yang dipersetujui oleh majoriti MKT UMNO.

Alasan yang sama diberikan oleh Muhyiddin ialah, keputusan itu dibuat tergesa-gesa dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/apa-sudah-jadi-dengan-umno-muhyiddin-404030

Untuk pengetahuan Muhyiddin, tindakan disiplin itu bukan sahaja dipersetujui oleh MKT UMNO, malah didesak oleh akar umbi UMNO seluruh negara.

Dan desakan itu bukan baru berlaku semalam, tetapi sejak sebelum PRU 15 lagi!!!

 

Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker