Kurangkan bersolek dalam cuaca panas

MUSIM panas akibat fenomena El-Nino tidak seharusnya dipandang remeh. Mungkin ada yang leka dan tidak mengambil berat perihal penjagaan diri yang terdedah kepada panas mentari dan bahang setiap hari.

Justeru, pentingnya kita mempersiapkan diri dengan cuaca sebegini kerana ia boleh merosakkan kulit dan rambut anda tanpa disedari. Bukan hanya semasa bercuti di tepi pantai, malah di mana saja apabila terdedah dengan sinaran ultraungu (UV) yang boleh mengakibatkan kulit kering, proses penuaan yang cepat, kulit terbakar dan banyak lagi kesannya terhadap kulit kita.

Bagi yang sering bermasalah dengan kulit berminyak atau jerawat pastinya memburukkan keadaan ketika cuaca panas melampau ini.

Ini kerana musim panas boleh membuatkan kulit lebih berminyak. Apatah lagi ketika berpeluh, wajah terlihat lebih berminyak. Daripada wajah cantik makin berminyak saat cuaca panas, berikut tip yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah kulit.



Hindari paparan sinar matahari

Berada di bawah sinar matahari hanya akan membuat anda berpeluh dan mendapat kesan berbahaya dari sinar UV. Selain itu, sinar matahari dapat menyebabkan peningkatan minyak membuatkan kulit kelihatan lebih berminyak.

Dari jam 10 pagi hingga 3 petang, matahari berada di puncak dan memancarkan sinar yang panas. Jadi hindari sinar matahari terutama pada waktu terbabit. Juga, cuba tutup kepala dan memakai kaca mata hitam. Jangan lupa gunakan losen tabir suria ketika keluar rumah.

Pakai asid salisilat



Asid salisilat ialah bahan semula jadi yang aktif bekerja dengan pengelupasan sel kulit mati sehingga kulit terlihat lebih segar. Menggunakan bahan ini akan membantu mencegah dan mengubati kulit berminyak, ruam peluh dan jerawat.

Untuk jerawat, asid ini mencegah sel kulit mati menutup folikel rambut sehingga mencegah penyumbatan pori yang dapat menyebabkan jerawat.

Jangan kerap cuci muka

Meskipun kita berasa berpeluh selama cuaca panas, tidak elok untuk mandi atau mencuci wajah lebih daripada dua kali sehari. Apabila sering mencuci, kulit akan kehilangan kelembapan, sehingga menghasilkan minyak berlebihan agar kembali lembap. Jadi mencuci muka terlalu kerap akan meningkatkan kadar minyak pada wajah anda.

Ubah rutin anda

Di musim panas kita cenderung menambah produk tambahan untuk memberikan kembali kelembapan kulit kita seperti serum. Hentikan produk tambahan dan gunakan pelembap losen ringan atau gel sebagai ganti. Anda akan berasa lebih segar dan minyak pada kulit berkurang.

Kurangkan solekan

Meskipun anda berasa tidak sempurna tanpa solekan, sebaiknya kurangkan penggunaan solekan pada musim panas. Bedak asas hanya akan membuat wajah lebih mudah berpeluh. Selain itu, produk itu dapat menyumbat pori yang menyebabkan anda mudah berjerawat. Sebaliknya, gunakan pelembap ringan ketika musim panas.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker