Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.

 

Beberapa kali peguambela Datuk Seri Najib Razak meminta dan memohon agar mahkamah menolak Gopal Sri Ram dari menjadi peguamdakwa kerana ada ‘conflict of interest’.

Namun, sekian banyak dimohon sekian banyak itu juga permohonan ditolak tanpa kompromi oleh mahkamah.

Seolah olah hanya mendiang Sri Ram sahaja yang tahu berkenaan kes atau diberi mandat untuk ‘execute’ Najib Razak.

Berkemungkinan juga kerana kes berdasarkan ciptaan tertentu maka jika ditukar pendakwa skrip asal akan lari, begitu agak nya.

Namun , takdir menentukan sebalik nya.

Jika mahkamah dan pendakwa enggan ‘recuse’ Sri Ram , maka mahkamah maha besar pula mengambil alih dan memastikan Sri Ram tidak ada lagi dalam mahkamah untuk menentukan hala tuju kes Najib Razak buat selama lama nya.

Kini, pasti sekali pendakwa akan dapati kesukaran untuk memastikan kedudukan kes tidak goyang dan longgar tanpa Sri Ram dan skrip mesti penjarakan Najib diteruskan dengan orang baru menggantikan nya.

Jika dilihat dari kedudukan saksi ia itu Zeti Aziz yang sehingga ditulis ini masih belum sehari pun menjawab dalam mahkamah seolah olah mendapat perlindungan , maka boleh dikata kan pasti ada sesuatu yang pihak pendakwa sangat takut tersembur dari mulut Zeti.

Untuk maklumat , Sri Ram ada lah watak yang dihantar oleh Mahathir untuk mengadap Tan Sri Appandi Ali dengan membawa titah perintah Mahathir mahu Najib ditangkap segera.

Pertemuan itu dirakam dan disimpan oleh Tan Sri Appndi melalui rakaman CCTV dikediaman nya.

Disitu sahaja sudah ada percanggahan kepentingan oleh Sri Ram dimana jika mahkamah standard dunia mengadili nya pasti Sri Ram sudah perlu mengundurkan diri.

Kini takdir sudah menentukan Sri Ram tidak perlu berada didalam mahkamah buat selama pama nya.

Kes DSNR yang mendapat ‘public outcry’ kerana banyak kepincangan dan kecacatan kini akan bertambah pincang  lagi dengan ketiadaan Sri Ram yang mahkamah dan pendakwa anggap ‘irreplaceble’ .

Tapi akhir nya perlu dicari ganti juga secara takdir.

Orang awam yang ada sedikit akal akan tersenyum sinis melihat betapa sukar nya seorang saksi mahu hadir ke mahkamah dan boleh pula mahkamah ‘tolerate’ MC Panjang nya.

Selain itu melihat betapa sukar nya untuk mendakwa seorang bekas Gabenor dengan kes rasuah RM700 juta dan seorang Hakim yang jatuh hukum terhada DSNR seolah olah ada sesuatu yang perlu disorok.

 

Benar lah jika diandaikan kes DSNR semakin melalut dan hilang arah.

Benar juga jika dikatakan sesuai sangat DSNR dibebaskan terlebih dahulu dan jika ingin mendakwa perlu guna set hakim yang baru dan pendakwa yang tidak berpihak kerana reputasi kes yang sangat tercemar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker