Tak sarapan boleh gemuk

BAGI memulakan hari, pengambilan sarapan adalah satu kemestian yang tidak boleh dipandang ringan.

Sajian berkhasiat bukan sahaja untuk membekalkan tenaga sepanjang hari malah membantu anda kekal cergas dan produktif.

Apabila bangun dari tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, mengalas perut dengan makanan berkhasiat dan seimbang ketika sarapan berupaya membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

Malah kajian yang dijalankan mendapati sarapan dapat membantu mengurangkan berat badan.

Semua peringkat usia termasuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas, pengambilan sajian pada waktu pagi perlu.

‘diwajibkan’ dalam rutin harian.

Bagaimanapun, disebabkan kekangan masa, sarapan sering diabaikan terutama membabitkan ibu bapa yang perlu bekerja.

Perlu diketahui bahawa apabila kegagalan mengambil sarapan sudah menjadi kebiasaan, ia boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan:

1.Meningkatkan risiko obesiti

Tindakan melangkau sarapan boleh meningkatkan risiko diabetes dan menjadikannya lebih sukar untuk menurunkan berat badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa jika anda mengambil sarapan, anda dapat mengurangkan berkemungkinan makan berlebihan pada sebelah siang. Melangkau sarapan boleh mengganggu paras gula anda dan pengeluaran insulin badan. Amalan ini juga tidak boleh menurunkan metabolisme anda dan mengurangkan tenaga anda.

2. Lemah sistem imun badan

Sistem imun badan akan menjadi lebih lemah kerana tidak mendapat sumber tenaga daripada makanan yang secukupnya pada sebelah pagi. Badan akan menjadi lemah kerana tidak mendapat nutrisi secukupnya sekali gus meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan yang lain.

3.Kurang aktif dan mudah letih

Kegagalan mengambil sarapan boleh menyebabkan bekalan glukosa yang sepatutnya diperoleh daripada makanan tidak mencukupi. Apabila keadaan ini berlaku ia menyebabkan individu itu mudah letih, kurang aktif dan tidak cergas.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak kurang dapat menyelesaikan masalah tanpa sarapan, manakala mereka yang mengambil sarapan memperoleh markah yang lebih tinggi dalam ujian.

4.Memberi kesan kepada mood dan emosi

Perut kosong kerana tidak mengambil sarapan pada sebelah pagi boleh memberi kesan kepada mood seseorang. Kajian menunjukkan bahawa lebih satu perempat daripada mereka yang panas baran pada sebelah pagi mendapati mood mereka bertambah baik selepas mengambil sarapan secara rutin.

5.Kesan sampingan fizikal

Dengan melangkau sarapan pagi, anda meningkatkan risiko anda mendapat gula darah rendah. Ini boleh menyebabkan anda menjadi pening, meningkatkan kadar denyutan jantung, sakit kepala, dan membuat anda berasa lemah dan kebas.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker