Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan

Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan

Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan

Perlantikan Nurul Izzah yang juga merupakan anak perempuan kepada perdana menteri sebagai penasihat kewangan dan ekonomi terus mencetuskan polemik politik.

Hujah perdana menteri, Anwar Ibrahim, sebagai mempertahankan lantikan itu adalah Nurul Izzah berkhidmat secara percuma tanpa sebarang emolumen yang diperolehi.

Dari satu sudut, penulis melihat hujah yang pertama ini adalah selari dengan dasar penjimatan yang diperkenalkan oleh pentadbiran Anwar Ibrahim.



Sekiranya dilantik pakar ekonomi untuk mengisi jawatan tersebut, sudah pasti puluhan ribu ringgit terpaksa kerajaan belanjakan.

Kalau ada yang percuma, mengapa perlu bayar?

Hujah kedua Anwar Ibrahim adalah tidak semestinya seorang penasihat kewangan dan ekonomi mesti berlatarbelakangkan akedemi kewangan atau ekonomi.

Ini untuk menjawab persoalan bahawa Nurul Izzah tidak berlatarbelakangkan akedemi di bidang ekonomi.



Ini juga merupakan fakta kerana catatan sejarah pentadbiran Malaysia mencoretkan beberapa Menteri Kewangan tidak mempunyai kelayakan akedemi yang latarbelakang ekonomi.

Anwar sendiri adalah contoh kepada hujah yang beliau berikan.

Walau pun beliau tidak mempunyai kelayakan akedemi yang berlatarbelakangkan ekonomi, namun kini beliau sudah dua kali memegang potfolio kewangan negara.

Pencapaian beliau agak baik semasa kali pertama memegang jawatan Menteri Kewangan.

Memang ada perbahasan yang mempersoalkan sama ada kejayaan itu adalah kerana kompetensi beliau atau didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang baik.

Namun hakikatnya, beliau boleh dianggap berjaya.

Dr Mahathir sendiri tidak mempunyai latarbelakang akedemi di dalam bidang kewangan atau pun ekonomi.

Tetapi boleh dianggap berjaya memacu ekonomi negara walau pun hakikatnya atas dokongan kumpulan pentadbiran yang kompeten.

Jawatan Penasihat Kewangan Dan Ekonomi Adalah Jawatan Yang Kritikal

Tetapi Anwar harus sedar, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kewangan dan ekonomi kepada perdana menteri dalam keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan tenat.

Hutang negara kini sudah melebihi RM1.2 trilion dan rakyat sedang dihimpit dengan kos sara hidup yang sangat tinggi.

Nurul Izzah bukan dilantik sebagai konsultan ekonomi dan kewangan kepada sebuah syarikat konglomerat.

Nasihat dan pandangan yang salah dari Nurul Izzah boleh membuatkan kehidupan lebih dari 32 juta orang semakin menderita.

Dari sudut politik pula, keputusan Anwar dilihat sebagai sengaja memberikan bola tanggung kepada lawan.

Seteru politik Anwar kini boleh menarik nafas lega kerana mempunyai isu panas yang boleh digunakan untuk mengalih perhatian rakyat.

Sehingga kini sudah tular di media sosial perkataan MADANI ditakrifkan sebagai Melantik Anak Dan Isteri!!!

Kredibiliti dan integriti seteru politik kerajaan kini ibarat kelemasan atas siasatan dakwaan penyelewengan yang dilakukan di era mereka.

Dari sudut kesesuaian masa pula, sepatutnya perlantikan itu tidak dilakukan apabila 6 pilihanraya negeri berada di ambang pintu.

Ini pasti akan memberikan kelebihan kepada pihak lawan dalam siri kempen pilihanraya negeri.

Untuk itu, pada pandangan penulis, adalah lebih baik sekiranya Anwar mengumumkan penangguhan perlantikan tersebut.

 

Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker