Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang

Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang

Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang

Walau pun Shahidan Kassim dilabelkan sebagai ‘budak nakal’ di dalam UMNO, namun satu perkara yang patut diberi perhatian adalah beliau seorang yang berani.

Pendirian beliau yang tidak mahu berubah untuk mempertahankan kerusi parlimen Arau adalah salah satu bukti yang jelas dapat kita lihat.

Walau pun sudah diberi peringatan dan amaran oleh kepimpinan tertinggi UMNO agar beliau tidak meneruskan niat itu, beliau tetap berdegil.

Beliau malah mengambil keputusan untuk bertanding di parlimen Arau di atas tiket PAS/PN.

Ramai yang menyangka Shahidan akan bertanding di atas tiket PPBM/PN.

Ini adalah kerana sikap beliau yang selama ini dilihat lebih mesra kepada Muhyiddin berbanding Hadi Awang.

Malah sewaktu masih lagi menjadi Ketua UMNO Bahagian Arau, Shahidan dengan megahnya telah menaikkan bendera PPBM di dalam mesyuarat tersebut.

Shahidan Akan Bersama PAS Selepas Ini?

Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang

Kini, apabila Shahidan bertanding di PRU 15 untuk merampas parlimen Arau dari Barisan Nasional, maka dengan sendirinya Shahidan akan menjadi ahli PAS.

Mana mungkin seorang yang sudah memegang jawatan menteri besar, menteri kabinet dan ketua bahagian hanya akan berpuas hati menjadi ahli di peringkat akar umbi.

Sudah tersebar khabar angin di kalangan penyokong Shahidan sendiri bahawa beliau akan memperkukuhkan kedudukan beliau di dalam parti PAS.

Malah ada yang berani mengatakan, adalah tidak mustahil sekiranya Shahidan mengambil keputusan untuk mencabar Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS.

Ada di kalangan pemimpin PAS dikatakan sudah bersetuju dengan hasrat Shahidan itu dan kini sedang berusaha membina rantaian pengaruh di dalam PAS.

Namun persoalannya, apakah ahli PAS boleh menerima Shahidan sebagai presiden mereka?

Kem yang pro Shahidan di dalam PAS optimis, pemimpin PAS mahukan kepimpinan baharu yang lebih segar.

Dan aura Hadi Awang tidaklah sekuat aura yang dimiliki oleh Allahyarham Nik Aziz.

Yang masih lagi mempunyai pengaruh di dalam PAS, walau pun beliau sudah tiada.

Namun, mereka mahu Shahidan membuktikan kekuatan beliau dengan merampas kerusi parlimen Arau tanpa bantuan dari UMNO.

Sekiranya ini berlaku, apakah kita akan melihat PAS bertukar wajah dari parti berteraskan Islam kepada parti yang liberal seperti PKR?

 

Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker