Menteri, Timbalan Menteri UMNO berkumpul

Foto: Berita Harian

PUTRAJAYA: Beberapa menteri dan timbalan menteri daripada UMNO dilihat mengadakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tujuan pertemuan itu dan mereka akan menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, selepas ini.



Pergerakan keluar masuk menteri dan timbalan dapat dilihat sejak awal pagi tadi. Antara yang dilihat memasuki pintu masuk hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, pada jam 9.37 pagi.

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button