Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 3

Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 3

1. Wonderland Private Chalet at Port Dickson

Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 3

Penginapan yang terletak di Jalan Seremban Taman Tanjung ini, Wonderland Private Chalet at Port Dickson merupakan penginapan 4 bintang yang menyajikan pemandangan air laut biru yang sangat memuaskan pandangan.

Setelah puas menyajikan mata dengan pemandangan air laut, badan yang tiba-tiba menginginkan kesegaran berendam di dalam air boleh terus berseronok di kolam renang yang tersedia di chalet ini. Jika malas untuk keluar bilik, di dalam chalet anda sendiri terdapat kemudahan tab mandian yang besar untuk menyegarkan badan dalam keadaan penuh privasi.

Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 3

Mengenai biliknya pula, cukup luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga. Tidur malam? Sudah semestinya lena dengan bunyi pukulan ombak menemani sepanjang malam. Kemudahan lain yang disediakan chalet ini adalah taman permainan kanak-kanak. Segalanya sempurna di Wonderland Private Chalet at Port Dickson.



Lokasinya pula, bagi anda yang ingin menikmati juadah makanan laut, Medan Ikan Bakar terletak kurang 10 minit perjalanan dari chalet.

📍 Alamat
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban Taman Tanjung, 71000 Port Dickson

2. RC Cape Nautica Villas

Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 3

Menawarkan pemandangan air laut ataupun kolam renang, RC Cape Nautica Villas sememangnya sebuah penginapan yang cukup mendamaikan.

Menawarkan apartment dengan 2 buah bilik tidur, 3 buah bilik tidur dan apartment dengan 4 buah bilik tidur. Sekiranya anda datang dengan keluarga yang ramai, apartment 4 bilik tidur ataupun apartment keluarga ini mampu menampung dalam 10 orang penginap.

Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 3

Ruang tamu dan bilik-bilik di apartment ini juga cukup luas untuk keselesaan penginapan anda. Kemudahan lain yang turut disediakan di dalam kesemua apartment ini adalah ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai fasiliti memasak.



Untuk beraktiviti bersama keluarga, anda boleh merancang untuk berbbq di ruang bbq yang disediakan sambil menikmati udara luar. Lokasinya pula, terletak tidak jauh dari kedai makan dan pasaraya yang masing-masing kurang 1 km dari villa.

Selanjutnya Di Booking.com

📍 Alamat
Alamat: Cape Nautica Villas, Jalan Pantai Batu 5 1/2, 71050 Port Dickson

3. Snooze Boxe Port Dickson

Pernah menginap di chalet kontena? Kalau tak pernah, apa kata kalau anda memilih Snooze Boxe semasa bercuti di Port Dickson nanti? Lengkap dengan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, tak cukup rasanya sehari sahaja menginap di sini. Selain itu, anda juga boleh merancang untuk melakukan aktiviti lain seperti berbbq, bersukaneka, dan lain-lain.

Walaupun ditawarkan dalam harga permulaan yang sangat murah iaitu dari hanya RM25/semalaman, tidak bermakna hotel ini terletak di lokasi yang jauh dari tarikan, sebab ia sebenarnya antara chalet yang paling strategik boleh anda temui di Port Dickson. Antara tarikan yang terletak berdekatan adalah seperti Pantai Saujana, Pulau Burung,  Pantai Cahaya, Muzium Angkatan Tentera Malaysia, PD Waterfront, Pusat Ikan Hiasan, Edu-Ecotourism Sungai Menyala dan banyak lagi.

Nak tahu apa lagi yang menarik tentang penginapan ini? Jom baca review Snooze Boxe Port Dickson.

📍 Alamat
Alamat: Snooze Boxe Pd Chalet, Lot 1466, Jalan Pantai Kg Si Rusa Batu 4, 71000 Port Dickson

4. Seri Bulan Condo

Penginapan strategik, menginap di Seri Bulan Condo ini membolehkan anda melawati banyak lokasi menarik di sekitar Port Dickson tanpa perlu bergerak jauh.

Mana tidaknya, hanyalah 2 minit berjalan kaki dari homestay anda sudah boleh sampai ke tarikan alam semula jadi yang indah Pantai Teluk Kemang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang cukup memukau.

Bukan itu sahaja, tarikan seperti Port Dickson Ostrich Farm hanyalah 5 minit dari homestay dan Rumah Api Port Dickson pula hanyalah 10 minit pemanduan.

Mengenai penginapannya pula, cukup luas untuk percutian bersama keluarga. Setiap sudut rumah ini dihias dengan ringkas, ruang tamunya pula selesa untuk anda bersantai menikmati minum petang sambil menonton TV. Tidak mahu sesaat pun berlalu tanpa keseronokan? Anda boleh beramai-ramai berseronok di kolam renang luas yang disediakan di sini.

📍 Alamat
Alamat: Lot 745, Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

5. Paradise Lagoon Apartment

Pemandangan seperti di syurga dapat anda nikmati di Paradise Lagoon Apartment. Apartment-apartment yang disediakan di sini menyajikan pemandangan laut yang cukup mendamaikan jiwa untuk dinikmati dari ruang balkoni.

Pemandangan memukau terutama sekali dapat dinikmati ketika mentari terbenam. Sudah puas menyajikan mata dengan keindahan alam, anda boleh menikmati mandian menyegarkan di kolam renang apartment sambil menghirup udara segar.

Lokasinya pula, terletak tidak jauh dari Muzium Tentera yang hanyalah 5 minit pemanduan dari apartment. Tarikan lain seperti Port Dickson Ostrich Farm dan Kubu Lukut hanyalah dalam 15 minit pemanduan.

📍 Alamat
Alamat: Block-D-L1-6, Batu 2, Jalan Pantas, 71000 Port Dickson

6. Kapitan Lodge

Kampung yang ceria penuh warna-warni, inilah suasana yang dapat anda nikmati di Kapitan Lodge. Penginapan dengan sentuhan dalaman yang unik ini turut mengetengahkan konsep “Kembali ke Alam Semula Jadi,” yang cukup jelas terpancar dari kedudukannya yang dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan halaman dengan rumput hijau yang terbentang luas untuk anda sekeluarga beraktiviti.

Suasana kampung Kapitan Lodge ini ditambah lagi dengan kewujudan reban-reban ayam di halamannya, memang seronoklah anak-anak anda mengejar ayam cuti nanti. Bukan itu sahaja, anda juga akan dibangunkan dengan bunyi kokokan ayam yang persis di kampung halaman. Terubat rindu dengan kawasan kampung, tak gitu?

Bukan hanya cantik di mata dengan pemandangan yang mendamaikan jiwa, rumah kampung ini juga  tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan moden seperti TV, pemain DVD, peti ais, microwave dan banyak lagi. Se’kampung’ mana pun konsepnya, kemudahan moden tetap tersedia untuk keselesaan anda.

📍 Alamat
Alamat: 2671, Kg segenting Bt 11 Port Dickson, 71250 Port Dickson

7. Akar Beach Resort

Teringin untuk berumah di tepi pantai? Apa kata kalau untuk cuti kali ini, anda jadikan impian ini sebagai realiti dengan menginap di Akar Beach Resort. Lokasinya, hanyalah 1 minit berjalan kaki untuk ke kawasan pesisir pantai.

Resort 3 bintang ini juga terletak di lokasi yang jauh dari keriuhan kota, menjadikan Akar Beach Resort sebuah pilihan penginapan yang tepat bagi anda yang mendambakan ketenangan yang sebenar.

Disebabkan lokasinya yang begitu dekat dengan pantai, bunyi pukulan ombak yang menyegarkan deria dapat dinikmati tanpa mengira masa. Untuk beraktiviti, jika berseronok dengan air pantai masih tidak mencukupi, anda boleh bermandi-manda di kolam renang resort yang cukup luas.

📍 Alamat
Alamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

8. Tasik Villa International Resort

Tasik Villa International Resort adalah sebuah penginapan bertaraf 4 bintang yang cukup sempurna fasilitinya dari kolam renang, pusat kecergasan, bilik sauna hinggalah khidmat urutan. Bukan itu sahaja, sesetengah penginapan yang ditawarkan seperti Family Villa dan 2 Rooms Villa resort ini memiliki kolam renang peribadi untuk anda terjun pada bila-bila masa.

Setelah puas berendam di dalam air kolam, anda boleh bersantai di ruang balkoni villa untuk menikmati pemandangan lanskap indah di sekitar resort sambil menghirup teh panas. Inilah percutian yang sempurna.

📍 Alamat
Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Port Dickson.

Banyak sekali homestay di Port Dickson yang menarik dan selesa? Ada yang berjaya menarik hati anda? Jika harga yang ditawarkan agak terkeluar dari bajet percutian dan anda merancang untuk bercuti dalam kumpulan yang kecil, apa kata kalau anda baca artikel kami bertajuk 25 hotel murah di Port Dickson.

Namun, sekiranya anda inginkan percutian yang menyeronokkan dengan pengalaman sempurna yang tidak dapat dilupakan selamanya, carilah salah satu penginapan yang terdapat di dalam artikel kami bertajuk hotel terbaik di Port Dickson.

Anda rasa pilihan penginapan di Port Dickson terhad kepada yang tersenarai di dalam artikel sahaja? Tidak sama sekali, kerana tempat-tempat menginap di Port Dickson ini terlampau banyak, tak percaya? Anda boleh layari booking.com untuk melihat semua pilihan yang ada dalam harga yang berpatutan.

Tunggu apa lagi? Bila penginapan sudah dibooking, anda boleh terus hidupkan enjin kereta untuk menuju ke destinasi menawan, pantai berpasir putih Port Dickson yang tidaklah sejauh mana dari KL ini. Semoga berseronok di Port Dickson!

Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 1

Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 3


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 2

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker