Jenazah budak lelaki jatuh tingkat 11 selamat dikebumi

Jenazah budak lelaki jatuh tingkat 11 selamat dikebumi

Jenazah budak lelaki jatuh tingkat 11 selamat dikebumi
Jenazah Muhammad Izzuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin. NSTP/Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Jenazah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di sini, petang semalam selamat dikebumi pada jam 6.20 petang hari ini.

Jenazah Muhammad Izzuddin Abdul Hadi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin serta diiringi kira-kira 30 ahli keluarga dan kenalan keluarga arwah.

Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan terbabit semasa jenazah dikebumikan selain hujan renyai.



Sebelum itu, solat jenazah disempurnakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dikafankan.

Bagaimanapun keluarga mangsa enggan ditemubual kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku sehingga meragut nyawa arwah.

Seorang kenalan rapat keluarga yang hanya mahu dikenali sebagai Samsudin berkata, keluarga mangsa berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian.

“Keluarga masih sedih dan diharap mereka diberi ruang.



“Ajal dan maut di tangan tuhan, kami berharap semoga rohnya dicucuri rahmat.

“Hanya Allah saja mengetahui situasi ditempuhi keluarga dan diharap semua pihak memahami,” katanya.

Terdahulu media melaporkan seorang budak lelaki patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam semalam.

Bagaimanapun mangsa meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi ketika dirawat di HSA.



Jenazah anak sulung, anak ketiga dikebumi satu liang

Jenazah budak lelaki jatuh tingkat 11 selamat dikebumi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button