Parti mana pula yang Khairy mahu ambil alih?

Media tidak henti henti cuba bermain sentimen kebencian terhadap UMNO semenjak orang orang yang mereka harap dapat tumbangkan Presiden UMNO Ahmad Zahid ditunjukan pintu keluar dengan Tindakan pemecatan dan penggantungan.

Sambil mereka cuba sensasikan Tindakan disiplin yang diambil oleh UMNO terhadap pengkhianat parti , mereka tidak pula ‘highlight’ kesalahan pengkhianat pengkhianat umno ini.

Dalam hal ini, individu seperti Khairy Jamaluddin cuba diherokan oleh media,



Namun persolan kini muncul apabila tandatanya parti mana pula yang akan dipilih oleh Khairy untuk menyambung nyawa politik nya.

Khairy yang dari awal kerjaya politik sudah tidak biasa menjadi pengikut tetapi lebih suka jadi ketua akan dapati sukar untuk akur dibawa mana mana Presiden parti yang bakal dipilih nya.

Presiden parti yang mengutip nya akan berisiko disinggkir atau ditumbangkan kerana orang seperti Khairy hanya ada cita cita peribadi dan bukan nya biasa kerja sebagai pasukan.



Maka, jika andaikata Khairy memilih sebuah parti baru sebagai platform politik nya sudah pasti tidak akan berdiam diri lebih dari dua tahun sebelum membuat Tindakan untuk naik keatas.

Khairy ada lah ‘man in a hurry’ yang mahu segera naik keatas atau jadi nombor satu.

Sehingga kini belum ada keputusan dari Khairy untuk menyertai mana mana parti.

Tapi parti apa pun dipilih oleh Khairy , pasti sekali akan ada pergolakan.



Ketika semua ahli Parlimen Barisan Naional Bersatu hati keluar Dewan Parlimen menunjukn protes , Khairy tidak Bersama mereka untuk memberi sokongan.

Disitu sahaja sudah cukup mengambarkan betapa Khairy bukan kawan yang diharapkan ketika perlu.

Jika tidak ikut keluar Dewan dianggap satu Tindakan bijak oleh Khairy , bayang kan jika semua Ahli Parlimen lain buat kepala sendiri sendiri dan hal sendiri, bagimana?



Apaguna berpasukan?

Ini antara contoh gelagat dan sikap tidak berpasukan (not a team player) oleh Khairy.

Maka, mana mana parti berisiko berhadapan gelagat Khairy nanti apabila mereka ambil Khairy sebagai ahli mereka.

Jika sebagai ahli pun tidak menghormati ketua, maka nanti apabila jadi ketua bagaimana pula?



Persoalan kini , parti mana kah yang akan ambil Khairy atau Khairy akan pilih parti mana?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button