Polis cari penunggang motosikal kuning, disyaki langgar lari pejalan kaki

Polis cari penunggang motosikal kuning, disyaki langgar lari pejalan kaki

Polis cari penunggang motosikal kuning, disyaki langgar lari pejalan kaki

TAWAU: Polis sedang mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar seorang pejalan kaki sehingga menyebabkan kematian di Batu 3 Jalan Apas, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.40 petang.

“Ketika cuba mengangkat motosikalnya sambil menoleh ke arah belakang, remaja terbabit melihat mangsa terbaring berhampiran sebuah lagi motosikal berwarna kuning yang ditunggang oleh seorang perempuan.



‘Bagaimanapun, penunggang motosikal berwarna kuning dikatakan telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Axia berwarna putih sejurus kemalangan,” katanya menerusi kenyataan, pagi ini.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan dua motosikal dan seorang pejalan kaki.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal seorang remaja lelaki berumur 19 tahun dari arah Pusat bandar menghala ke Batu 3, Jalan Apas, menunggang di lorong kanan cuba mengelak seorang pejalan kaki wanita berumur 69 tahun yang melintas jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahagian pembahagi jalan.

Jasmin berkata, mangsa dikenali sebagai Sagera Arastam, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah sebelum mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.



“Pihak polis sedang berusaha mengesan penunggang motosikal warna kuning bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi kejadian diminta tampil memberi maklumat,” katanya.

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Polis cari penunggang motosikal kuning, disyaki langgar lari pejalan kaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker