Fadillah ketuai misi tingkatkan perdagangan, hubungan dua hala Malaysia-China

Fadillah ketuai misi tingkatkan perdagangan, hubungan dua hala Malaysia-China

Fadillah ketuai misi tingkatkan perdagangan, hubungan dua hala Malaysia-China
FADILLAH Yusof pada Sesi Tahunan ke-51 dan Mesyuarat Komuniti Lada Antarabangsa dan Pameran Rempah Antarabangsa (IPC ASM ISE) ke-51 di Kuching. FOTO Nadim Bokhari

Kuching: Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ke China mulai Ahad ini akan meningkatkan lagi perdagangan produk komoditi dengan negara tembok besar itu, khususnya pengeksportan minyak sawit.

Fadillah berkata, China antara pengimport terbesar produk minyak sawit negara dan lawatannya itu diharapkan akan meningkatkan lagi nilai eksport komoditi berkenaan ke negara itu.

Beliau berkata, lawatan yang diadakan sebagai susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke negara itu September lalu juga adalah bagi mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-China.



“Misi utama lawatan saya adalah berkaitan dengan komoditi kita iaitu perdagangan antara Malaysia dan China, khususnya untuk meningkatkan lagi nilai eksport minyak sawit ke negara itu.

“Disamping misi perdagangan, kita juga membawa misi mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan China kerana kita akan meraikan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala, tahun depan,” katanya selepas merasmikan Sesi Tahunan ke-51 dan Mesyuarat Komuniti Lada Antarabangsa dan Pameran Rempah Antarabangsa (IPC ASM ISE) ke-51 di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali


Pameran selama lima hari itu disertai kira-kira 200 peserta kalangan pemain industri komoditi lada hitam dari India, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

Menurut Fadillah, persefahaman yang dimeterai syarikat perladangan negara, Sime Darby dengan sebuah syarikat China mengukuhkan lagi keyakinan untuk meningkatkan nilai eksport ke negara itu selepas mencatat sebanyak RM14.86 bilion tahun lalu.



Terdahulu Fadillah berkata, industri lada global menunjukkan penurunan selepas bertahun-tahun bergelut dengan pelbagai cabaran dengan yang paling ketara ialah ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan.

Ketidakseimbangan itu katanya memberikan tekanan yang ketara terhadap harga dan penanaman lada di pelbagai kawasan.

“Setakat 2022, menurut rekod Komuniti Lada Antarabangsa (IPC), penggunaan lada dunia dianggarkan sebanyak kira-kira 213,000 tan metrik dan ia menunjukkan sedikit penurunan dalam permintaan berbanding tahun sebelumnya yang menyaksikan penggunaan sebanyak 224,000 tan metrik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ


“Penurunan itu sebahagian besarnya boleh dikaitkan dengan pemulihan pasca pandemik Covid-19 dan pelarasan permintaan,” katanya.

Menurutnya lagi, pengeluaran lada global pada tahun 2022 pula mencatatkan 537,000 tan metrik, menurun daripada 548,000 tan yang direkodkan pada tahun 2021.

“Penurunan itu menuntut kita sebagai negara anggota IPC untuk membangunkan program yang bertujuan untuk merangsang peningkatan permintaan lada.

“Inisiatif ini harus melangkaui tradisi pasaran termasuk program kerjasama yang disepakati antara negara anggota seperti yang digariskan dalam perkara tiga perjanjian penubuhan IPC,” katanya.

Fadillah ketuai misi tingkatkan perdagangan, hubungan dua hala Malaysia-China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker