BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?

Oleh – Bakhtiar Omar


BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?

BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tidak dapat menyorokkan lagi krisis dalaman yang sedang berlaku dalam parti itu.



Kini, semua mata dalam parti memandang dan menanti apa tindakan seterusnya oleh Timbalan Presiden BERSATU, Dato Seri Faizal Azumu.

Selaku orang nombor 2 dalam parti, Faizal Azumu tidak mempunyai karektor sebagai ketua tetapi sebaliknya hanya lebih kepada menjadi pengikut. Malah, di kalangan ahli bawahan BERSATU, Faizal Azumu atau Peja bukanlah nama besar yang boleh diharapkan.

Dengan berlakunya krisis dalaman BERSATU, ramai menanti apa tindakan seterunya yang akan dilakukan Faizal Azumu. Adakah beliau akan mengambil alih kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau beliau hanya kekal sebagai Timbalan Presiden dan membiarkan perebutan jawatan Presiden berlaku sehingga memecahkan BERSATU?

GAGAL TAWAN NEGERI SEMBILAN JADI PUNCA KERAGUAN TERHADAP FAIZAL AZUMU

BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?
Dato Seri Faizal Azumu

Faizal terbukti GAGAL apabila diberikan tanggungjawab menawan Negeri Sembilan pada PRN 2023. Ramai mempertikaikan kehadiran Faizal sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional di Negeri Sembilan.



Walaupun di atas kertas nampak Perikatan Nasional mampu menawan Dewan Undangan Negeri Sembilan, tetapi sebaliknya berlaku.

Ada spekulasi kalangan ahli BERSATU mengatakan, mereka sengaja melakukan sabotaj terhadap Faizal Azumu kerana merasakan beliau tidak layak untuk menggepalai jentera PN di Negeri Sembilan.

Jika pembaca ingat lagi, Peja juga pernah menjadi punca kekalahan Pakatan Harapan 1.0 di PRK Tanjung Piai bila beliau mengeluarkan kenyataan mengenai DAP yang pada ketika itu merupakan sekutu mereka (BERSATU).

AHLI PARLIMEN KUALA KANGSAR BERUBAH SOKONGAN, FAIZAL AZUMU ‘TERPALIT’ 

 



BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?

Terbaru, timbul pula keraguan terhadap Faizal Azumu di kalangan ahli BERSATU apabila Ahli Parlimen Kuala Kangsar, memilih untuk memberikan sokongan kepada PMX dan Kerajaan Perpaduan.

Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, dikenali sebagai orang kuat Faizal Azumu ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak di bawah Pakatan Harapan.

Ada juga kenyataan nakal menyatakan Dzulkarnain atau lebih dikenali sebagai ‘Kandor’ adalah individu yang memegang ‘kunci projek’ ketika zaman Faizal Azumu menerajui Perak.



Dipercayai sokongan ‘Kandor’ kepada PMX telah menyebabkan spekulasi gerakan menumbangkan Muhyiddin sedang berjalan.

Sejauh mana keraguan terhadap keikhlasan Faizal Azumu kepada BERSATU di kalangan ahli tidak diketahui.

Hanya beliau mampu menjawap keraguan tersebut namun setakat ini, Faizal masih menyepikan diri dari sebarang kenyataan mahupun pertemuan dengan mana-mana pihak media.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button