‘Troopers’ Di Stesen LRT Hang Tuah Dipuji Ramai

Bantu Lancarkan Perjalanan Penumpang

Baru-baru ini, keadaan di stesen LRT Hang Tuah padat dengan penumpang pengangkutan awam sehinggakan laluan menjadi sesak.

Petugas sedia membantu

Pun begitu, keadaan masih lagi terkawal walaupun penumpang membanjiri stesen LRT Hang Tuah kerana petugas Rapid KL atau digelar sebagai troopers sedia membantu memudahkan pergerakan orang awam di sana.

Mereka turut menggunakan papan tanda sebagai arahan untuk melancarkan perjalanan penumpang agar mereka dapat ke platform masing-masing.

Perkongsian itu dimuat naik oleh pihak Rapid KL sendiri di akaun Facebook rasmi mereka sekali gus meraih perhatian orang ramai di bahagian komen.



Hantaran tersebut telah mendapat lebih daripada 1K tanda suka dan lebih 100 komen daripada netizen.

Ramai puji, berterima kasih

Ini kerana, rata-rata daripada warganet meluahkan rasa berterima kasih mereka kepada petugas troopers dan juga pihak Rapid KL kerana mencuba yang terbaik untuk melancarkan perjalanan penumpang.

Terima kasih troopers sebab melicinkan perjalanan kami. Memang terbaik cara pakai papan tanda macam itu.

Bukan itu sahaja, turut ada yang mengharapkan agar pendekatan itu dilakukan dengan kerap agar kesesakan penumpang di stesen-stesen pengangkutan awam dapat dikawal dalam jangka masa yang panjang.

Sumber: Facebook Rapid KL



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker