Turkiye mungkin terima Finland sertai NATO

Turkiye mungkin terima Finland sertai NATO

Turkiye mungkin terima Finland sertai NATO
RECEP TAYYIP ERDOGAN

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi bayangan Ankara mungkin menerima penyertaan Finland ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), berbanding Sweden.

Erdogan berkata demikian beberapa hari selepas Ankara menangguhkan rundingan penyertaan NATO dengan kedua-dua negara, susulan seorang ahli politik sayap kanan membakar senaskah al-Quran di Stockholm.

“Kami mungkin sampaikan respon berbeza kepada Finland berhubung penyertaan NATO, dan Sweden akan terkejut mendapat tahu pandangan kami.



“Namun, Finland tidak harus melakukan kesilapan sama yang dibuat oleh Sweden,” katanya dalam ucapan disiarkan di televisyen.

Sweden dan Finland mengugurkan ketidakselarasan tentera dan mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO sebagai tindak balas kepada pencerobohan Russia di Ukraine.

Sebarang bidaan keahlian harus diluluskan sebulat suara oleh semua 30 negara anggota NATO.

Setakat ini, Turkiye dan Hungary masih belum meluluskan dua bidaan itu melalui undian di Parlimen.

Parlimen Hungary dijangka meluluskan kedua-dua bidaan itu pada Februari.

Aduan utama Erdogan susulan keengganan Sweden untuk menghantar pulang puluhan suspek diburu Ankara, yang dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan cubaan rampasan kuasa pada 2016 yang gagal.



Pemimpin itu berusaha keras dalam menghadapi pilihan raya pada bulan Mei ketika cuba memperkukuhkan sokongan konservatif dan nasionalisnya.

Erdogan juga mengulangi tuntutannya agar Sweden menyerahkan kira-kira 120 suspek yang diburu negara itu.

“Jika anda benar-benar mahu menyertai NATO, maka anda perlu menghantar pulang pengganas ini kepada kami,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson berkata, negaranya mahu memulakan semula rundingan penyertaan NATO dengan Turkiye. – AGENSI

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Turkiye mungkin terima Finland sertai NATO


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker