Ulang Tahun Keempat Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16

Kuala Lumpur : KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-16 pada satu istiadat penuh gilang-gemilang di Istana Negara pada 31 Januari 2019.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, Seri Paduka Baginda pada hari ini genap empat tahun bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara.
Setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana rakyat dan negara sentiasa dirahmati nikmat keamanan dan keharmonian meskipun sepanjang tempoh empat tahun ini, negara dan rakyat telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
Marilah bersama-sama mendoakan agar Allah SWT terus menganugerahkan Seri Paduka Baginda keafiatan, kebijaksanaan dan keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
Semoga Malaysia, di bawah naungan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara, sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
FB Istana Negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker