Jika Khairy hebat , ada pengikut tubuh lah parti sendiri .

 

Apabila berpersatuan harus faham erti bersepakat dan harus tahu bila boleh mengkritik atau membangkang.

Dalam berpersatuan ada cara meluah pendapat dan bangkangan.

Jika tidak setuju kepada Ketua yang dilantik, harus juga tahu cara untuk meluahkan pandangan berbeza dan berlawanan.

Tapi pada isu semasa , konflik antara Khairy Jamaluddin dan Presiden UMNO tiada langsung kaitan dengan hal hal hendak membaiki parti atau meluahkan pendapat berbeza atas nama demokrasi.

Itu semua auta dan bohong semata mata.

Ia ada kaitan dengan politik mahu tukar kepimpinan dan mahu ‘promote’ diri sendiri sahaja.

Itu yang sangat ketara.

Sambil itu bersetuju dengan pihak luar untuk menukar kepimpinan yang akur kepada kehendak pihak luar.

Dalam hal ini terlalu jelas orang seperti Annuar  Musa , Khairy, dan Shahidan Kassim akan berkata lain dari apa yang Presiden umum atau kata kan.

Jika Presiden kata “A” , maka esok nya pasti salah seorang dari mereka ini akan kata ‘B” pula semata mata untuk meluahkan protes atau bangkang kata kata Presiden.

Selain menunjuk kan bangkangan , mereka mereka ini harus puas kan hati pihak luar yang mereka akur bahawa mereka sudah jalankan tugas.

Berbalik kepada Khairy Jamaluddin, usah lah pening kepala mahu memilih parti mana untuk disertai setelah dibuang oleh UMNO.

Parti mana kah yang Presiden nya sangup terima orang yang bakal mahu naik keatas secara segera?

Parti mana kah yang mahu orang yang suka tembak parti dan Presiden sendiri guna media dan bukan ikut saluran dalaman?

Jika ada parti yang sebegini , maka segera lah ambil Khairy atau pun Khairy mohon sertai.

Apa yang elok dan sepatut nya ada lah Khairy membuka parti sendiri yang baru.

Itu lah yang paling sesuai dan sepatut.

Jika Syed Saddiq yang kurang popular dari Khairy pun berani buka parti sendiri dan wujudkan syarat syarat ikut suka hati , maka sesuai sangat lah Khairy untuk membuka parti sendiri jika rasa diri agak hebat dan miliki IQ lebih tinggi dari orang lain.

UMNO dikatakan sudah tepu dan Khairy mahu buat perubahan dan ‘reform’.

Ini semua tidak perlu jika Khairy buka parti baru.

Khairy juga ada sebut akan memikirkan berkenaan kriteria kriteria parti yang sedia ada sebelum fikir untuk memilih yng mana satu.

Hal ini juga tidak perlu jika Khairy buka parti sendiri yang baru.

Pilih lah Sharil Hamdan sebagai Timbalan jika perlu sebab beliau ‘protégé’ Khairy sendiri.

Maka, pening kepala memilih parti ikut cita rasa dan acuan Khairy akan selesai jika Khairy pilih untuk buka parti baru dan membuktikan Khairy Jamaluddin sehebat Tun Mahathir dan pasti tiada ahli akan berani sanggah Khairy atas nama demokrasi dan lawan Presiden.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker