Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang

Duit tak lesap... β€œKalau dulu faham-faham sendirilah”

Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang

Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang
Mawar dedahkan kisah lama dalam perkahwinan sebelum ini.

MENGAKUI kehidupannya kini lebih bahagia, usahawan Mawar Karim memberi bayangan seolah-olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika masih berstatus isteri orang.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun kata-kata tersebut seakan ditujukan kepada individu yang pernah bertakhta dalam hatinya.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.



Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang
Mawar balas komen pedas netizen.

“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah,” katanya.

Mawar, 34, mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab komen seorang individu yang mengatakan dirinya tidak lagi secantik seperti mana ketika dia dan Fizo masih bergelar pasangan suami isteri.

Dalam masa sama, dia juga turut menyelar tindakan individu itu yang menggunakan akaun media sosial palsu semata-mata untuk menyerang dirinya.

Bukan itu sahaja menerusi komen yang ditulis, individu itu turut memuji kehidupan Fizo kini dilihat lebih bahagia bersama isteri bagi perkahwinan keduanya dengan Fazeera Nazri.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Awak punya komen pun ‘sedih’ pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?

“Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy,” tulisnya.

Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah

MAWAR KARIM

USAHAWAN

Untuk rekod Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Mereka kemudian bercerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Kemudian pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021.

Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang
Fizo dan Mawar kini bahagia dengan kehidupan masing-masing lepas berpisah.

Mereka telah memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda yang baru berusia tujuh bulan dan Fazeera kini sedang hamil anak kedua.

Selepas penceraian itu Mawar pula dikatakan hidup bermadu selepas berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk sekitar awal tahun lalu dengan majlis diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.

Dia bagaimanapun menafikan desas-desus itu.

 

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker