Nazrey Johani setuju buat kemunculan di konsert ulang tahun Raihan
tunggu surat jemputan
Nazrey Johani setuju buat kemunculan di konsert ulang tahun Raihan

PENYANYI nasyid dan pendakwah Nazrey Johani terbuka untuk sama-sama menjayakan Konsert Garis Masa Raihan yang bakal diadakan pada 18 Februari ini.
Nazrey, 51, berkata, idea asal konsert tersebut bersempena meraikan ulang tahun ke-26 penubuhan Raihan memang membabitkan dirinya bagaimanapun atas masalah tertentu perkara itu tidak menjadi kenyataan.
“Pada dasarnya saya mendapat tahu, memang idea nak membuat konsert Raihan itu melibatkan saya. Tapi tidak berjaya mungkin kerana kurang persediaan. Saya tidak pasti. Saya cuma nak cakap yang baik-baik sahaja.

Nazrey berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Saujana 25 Tahun yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Nazrey berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjayakan konsert tersebut namun pihaknya masih belum menerima surat hitam putih daripada pihak kumpulan Raihan untuk terlibat dalam konsert itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pasti Pesta Dalam PN Akan Menjadi Lebih Meriah Dengan Kehadiran Ahli Baharu
- Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO
- Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas
“Saya tiada apa-apa masalah untuk menjayakan konsert itu, selepas Farihin telefon, mereka juga sudah dapat kepastian daripada saya.
“Masalah sekarang ini banyak orang dah buat konsert… Raihan bila nak buat konsertnya? Mudah-mudahan terbukti jadilah. Bagi saya konsert ini kena dijayakan untuk peminat dan hiburan Islam.
“Saya sangat mengalu-alukan surat jemputan daripada Raihan untuk jayakan konsert itu. Saya sihat atau tidak, selagi saya hidup dan ada suara, saya tetap akan buat persembahan kerana saya suara utama dalam Raihan.
“Setakat hendak menyanyi lima hingga enam lagu, saya boleh melakukannya,” katanya.

Sebelum ini, Konsert Garis Masa Raihan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 26 November tahun lalu ditunda ke tahun ini.
Anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris atau Che Am memberitahu, penundaan konsert itu kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti Pilihan Raya Umum Ke-15 dan keadaan cuaca tidak menentu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
Selepas perbincangan dengan pihak penganjur, mereka memutuskan untuk menunda konsert itu pada 18 Februari 2023, sempena sambutan Israk Mikraj.
Jom Dengarkan Kolaborasi Rohani Naim Daniel & Raihan Dalam ‘Ya Rasulallah 1444’
Nazrey Johani setuju buat kemunculan di konsert ulang tahun Raihan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.