Angka korban gempa Turkiye meningkat kepada 43,556 orang

Angka korban gempa Turkiye meningkat kepada 43,556 orang

Angka korban gempa Turkiye meningkat kepada 43,556 orang

WASHINGTON: Angka kematian akibat gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 6 Februari lalu, terus meningkat kepada 43,556 orang.

Lapor Agensi Anadolu, Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu mendedahkan data itu semasa siaran langsung dengan saluran televisyen TRT Haber di wilayah Hatay yang dilanda gempa bumi.

“Ini merupakan salah satu tragedi gempa bumi paling buruk di dunia,” katanya.



Menurut Soylu, pihaknya memerlukan tempoh masa tertentu untuk bertindak balas ketika berdepan dengan kejadian 26,000 rumah yang runtuh dalam masa beberapa jam selepas dilanda bencana itu.

Malah, katanya, gempa bumi itu melanda kawasan seluas 110,000 kilometer persegi.

“Keluasan kawasan itu sebesar saiz tiga negara Belanda,” katanya.

Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud berpusat di Kahramanmaras turut menggegarkan 10 wilayah lain termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazığ dan Şanlıurfa.



Lebih 13 juta penduduk yang tinggal di kawasan itu terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

Sebelum ini, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, kerajaan akan mula membina lebih 200,000 buah rumah seawal bulan depan di kawasan yang musnah akibat gempa bumi.

Tegas beliau, pihaknya akan menyiapkan projek pembinaan rumah itu dalam tempoh setahun.

356,000 wanita hamil diselamatkan dari gempa bumi

Angka korban gempa Turkiye meningkat kepada 43,556 orang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker