Penganggur dituduh bunuh wanita umur 91 tahun

Penganggur dituduh bunuh wanita umur 91 tahun

Penganggur dituduh bunuh wanita umur 91 tahun
Peter David didakwa di Mahkamah Majistret di Jasin, hari ini. – FOTO BERNAMA

JASIN: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas berusia 91 tahun pada awal pagi, bulan lalu.

Peter David, 20, yang memakai kemeja-T berwarna merah, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Tertuduh didakwa membunuh Misah Md Amin di Kampung Pulai Darat, Merlimau, di sini, pada jam 1.30 pagi 20 Januari lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Mac depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas yang tinggal seorang diri, ditemukan maut dalam keadaan terbaring di bahagian dapur, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pulai Darat, 20 Januari lalu. – BERNAMA

Kes bunuh penganggur: Lelaki direman hingga Sabtu

Penganggur dituduh bunuh wanita umur 91 tahun

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker