Pukul 5 pagi cikgu nampak bilik ‘prep’ asrama menyala
Ada seorang pelajar, MasyaAllah rupanya tengah ‘me time’ baca Al-Quran
Pukul 5 pagi cikgu nampak bilik ‘prep’ asrama menyala

SETIAP individu ada ‘me time’ masing-masing, iaitu ruang waktu untuk diri sendiri dengan melakukan apa saja aktiviti bersendirian.
Cara mereka menikmati ‘me time’ juga berbeza-beza, ada yang pergi membeli-belah, ada juga bermain permainan video dengan tenang.
Menerusi perkongsian seorang guru yang juga warden sebuah asrama, dia tidak menyangka menyaksikan ‘me time’ pelajarnya di sebuah bilik prep yang merupakan tempat untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut Mohamad Yusof Sulehin, pada mulanya dia berasa hairan ketika melalui bilik berkenaan, apatah lagi situasi itu berlaku pada awal pagi sebelum subuh.
“Masa saya lalu kat bilik prep, saya perasan lampu terbuka. Pelik juga saya sebab jam baru pukul 5.30 pagi, awal lagi.
“Ada seorang budak kat dalam bilik tu. ‘Awak buat apa dalam bilik prep pagi-pagi ni?‘ saya tanya dia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pasti Pesta Dalam PN Akan Menjadi Lebih Meriah Dengan Kehadiran Ahli Baharu
- Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO
- Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas
“Dia jawab ‘Saya baru nak baca al-Quran, cikgu. Pagi-pagi ini lah waktu paling tenang saya nak baca al-Quran cikgu‘. Allahuakbar, insaf saya dengar jawapan budak ni,” tulisnya di Facebook Muhammad Yusof.

Kesungguhan pelajar berkenaan ternyata membuatkan guru yang berkhidmat di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor ini berasa kagum, malah memujinya sebagai remaja istimewa.
Malah kata Mohamad Yusof, cara ‘me time’ pelajar ini begitu unik yang mungkin jarang-jarang dilakukan oleh remaja sebaya dengannya.
Di saat ramai remaja pilih ‘me time’ dengan melepak, budak ni pilih untuk membaca al-Quran.
MOHAMAD YUSOF
“Di saat ramai remaja pilih ‘me time’ mereka dengan melepak kat pusat beli-belah, tidur, dok healing, main TikTok, main game tapi budak ni pilih ‘me time’ dia dengan membaca al-Quran.
“Memang the special one la budak ni,” kata guru yang pernah menerima Anugerah Kebangsaan Ikon Warden Asrama Harian Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2021.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
Apa yang lebih membanggakan Mohamad Yusof adalah pelajar berkenaan meletakkan sasaran untuk khatam al-Quran.
“Cikgu, saya azam nak habiskan baca al-Quran sebelum masuk bulan Ramadan. Doakan sempat ya cikgu. Tersentap saya kejap.
“Sesibuk mana pun kita, sejahil mana pun kita, sedegil mana pun kita, al-Quran jangan tinggal walau sekadar baca tiga Qul kerana percayalah, al-Quran inilah yang akan menjadi teman pendamping kita di alam sana nanti.
“Jom kita pakat doa agar anak murid saya ni dan anak-anak kita semua jadi anak soleh dan solehah yang sentiasa dekat dengan al-Quran, Amin,” katanya di Facebook.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar pelajar berkenaan berjaya mencapai sasarannya dan dipermudahkan urusannya.
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
Pukul 5 pagi cikgu nampak bilik ‘prep’ asrama menyala
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.