Rasuah wang, tiket penerbangan: Pengarah syarikat ditahan SPRM

Rasuah wang, tiket penerbangan: Pengarah syarikat ditahan SPRM

Rasuah wang, tiket penerbangan: Pengarah syarikat ditahan SPRM
Foto hiasan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memberi rasuah dalam bentuk wang dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000 semalam.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia lingkungan lewat 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas dipercayai memberi rasuah kepada beberapa pegawai sebuah agensi keselamatan berkaitan teknologi sebagai balasan membantu mendapatkan kontrak kerja kepada syarikatnya.

Menurutnya beberapa pegawai agensi itu juga disyaki bersubahat dengan pengarah syarikat berkenaan dalam mengagihkan kontrak kepada beberapa syarikat antara tahun 2015 dan 2020.



Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan pengarah syarikat itu ketika dihubungi hari ini berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

 



Rasuah wang, tiket penerbangan: Pengarah syarikat ditahan SPRM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button