Guru jamah makanan dibawa murid ketika jamuan dipuji

Oleh – Syeikh Baran


Guru jamah makanan dibawa murid ketika jamuan dipuji
Tangkap layar video tersebut yang tular di Facebook.

Tindakan seorang guru memakan hidangan yang dibawa oleh anak muridnya dalam satu jamuan kelas menerima pujian orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 54 saat itu, difahamkan guru tersebut menemui hidangan merupakan agar-agar santan yang dibawa oleh anak muridnya untuk jamuan kelas.

Bagaimanapun katanya, murid tersebut malu untuk meletakkan hidangan berkenaan di atas meja bersama juadah lain.

“Tengok ini, cikgu jumpa kuih ini. Murid saya sembunyi, malu nak bawa keluar. Saya ambil. Mana boleh malu-malu nak bawa keluar, penat mak dia buat tapi tak bagi cikgu rasa,” kata guru terbabit.

Guru tersebut kemudian dirakam memakan agar-agar tersebut dan memuji rasa hidangan itu.

Tidak lama kemudian, guru tersebut dilihat memanggil anak-anak muridnya yang lain untuk sama-sama menikmati agar-agar tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan guru terbabit yang disifatkan pandai menjaga hati muridnya.

“Bukan senang nak dapat cikgu begini, jaga perasaan murid. Tahniah cikgu,” puji CikSya.

“Kelakuan dan reaksi cikgu inilah yang buat kita sebak. Betapa seorang guru cuba menghargai seorang murid dengan caranya tersendiri. Semoga guru ini diberi sihat berpanjangan dan mendapat keberkatan hidup,” kata Hatina.

“Dulu aku cukup risau kalau tak ada sesiapa nak jamah makanan yang aku bawa,” kata Nadia.

“Terbaik, semasa jamuan cikgu memainkan peranan. Bila murid bawa makanan untuk jamuan kita perlu bagi semua rasa. Sedap atau tidak belakang cerita. Hargai apa yang murid bawa, pastikan semua makanan habis,” kata Ija.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 145,000 kali dan mendapat lebih 8,000 tanda suka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker