Wrexham berpeluang layan kunjungan Tottenham

London: Wrexham akan menanti kunjungan Tottenham pada pusingan kelima Piala FA, jika pasukan bukan liga itu boleh menewaskan Sheffield United pada aksi ulangan pusingan keempat.

Pasukan divisyen lima itu yang dimiliki aktor Hollywood, Ryan Reynolds serta Rob McElhenney, berpeluang menjadi tuan rumah perlawanan besar itu selepas undian bagi kelompok 16 terakhir dibuat, hari ini.

Wrexham terlepas kejutan besar untuk mengatasi Sheffield United apabila pasukan Liga Kejuaraan itu meledak pada minit terakhir untuk seri 3-3 dengan Reynolds menyaksikannya di Racecourse Ground.

John Egan menjaringkan gol penyamaan lewat buat United dan kedua-dua pasukan itu akan bertemu sekali lagi di Bramall Lane pada 8 Februari ini dan pemenang akan berdepan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham.



Manchester City yang menyingkirkan Arsenal 1-0, Jumaat lalu, akan menentang pasukan divisyen dua, Bristol City dalam pertemuan pertama kedua-dua pasukan sejak separuh akhir Piala Liga 2018.

Skuad kendalian Pep Guardiola menang ketika itu dan antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala FA musim ini, trofi yang kali terakhir dimenangi mereka pada musim 2018-19.

Manchester United akan menanti kunjungan West Ham, yang menang 2-0 mengatasi Derby, awal pagi tadi.

Stoke akan menanti kehadiran Brighton, yang menyingkirkan juara bertahan, Liverpool, 2-1 pada Ahad.



Leeds diundi berkunjung sama ada ke Fulham atau Sunderland, yang seri 1-1 di Craven Cottage, Sabtu lalu manakala Leicester akan menanti kehadiran Blackburn atau Birmingham.

Undian pusingan kelima Piala FA Inggeris

Southampton mln Luton atau Grimsby

Leicester mln Blackburn atau Birmingham

Stoke mln Brighton

Wrexham atau Sheffield United mln Tottenham

Fulham atau Sunderland mln Leeds

Bristol City mln Manchester City

Manchester United mln West Ham

Ipswich atau Burnley mln Sheffield Wednesday atau Fleetwood

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker