Zahidi Syok Sendiri Mahu Sertai PKR

Zahidi Syok Sendiri Mahu Sertai PKR

Zahidi Syok Sendiri Mahu Sertai PKR

Bekas ahli MKT UMNO, Zahidi Zainul Abdidin, mendakwa pada 4 Februari ini beliau akan menyertai PKR.

Tambah Zahidi lagi, bersama-sama beliau nanti akan ada hampir 100 orang ahli dan pemimpin UMNO di peringkat negeri dan pusat.



“Saya bakal menyertai PKR secara rasmi pada 4 Feb ini bersama 100 ahli Umno Bahagian Padang Besar”.

“Dijangka banyak cawangan parti itu di Padang Besar yang bakal terbubar kelak”.

Zahidi dipecat oleh Umno pada November lepas selepas bertanding sebagai calon bebas pada PRU15 setelah tidak dicalonkan oleh UMNO.

Namun begitu, Zahidi yag juga merupakan bekas Timb Menteri Komunikasi gagal mempertahankan kerusi parlimen Padang Besar dalam PRU 15.



Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/30/zahidi-masuk-pkr-dakwa-ramai-pemimpin-lain-akan-ikut/

Namun begitu, kenyataan Zahidi disanggah oleh PKR Perlis.

Menurut Timb Pengerusi PKR Perlis, Noor Amin Ahmad, belum ada sebarang perbincangan antara PKR Perlis dengan Zahidi.



“Setahu saya tak ada perbincangan di mana-mana peringkat buat masa ini (penyertaan Zahidi dalam PKR)”.

“Dalam soal keanggotaan, Majlis Pimpinan Pusat PKR akan menentukan”.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/30/tiada-perbincangan-zahidi-sertai-kami-kata-pkr-perlis/



Noor Amin mengakui Zahidi pernah menyatakan hasrat beliau menyertai PKR sebulan lalu.

Namun ianya bukanlah bermaksud hasrat beliau sudah diterima secara mutlak kerana keputusan keanggotaan PKR akan ditentukan di peringkat pusat.

Persoalannya sekarang, dengan PKR mana yang Zahidi berunding?

Rasanya tidak perlulah Zahidi mengada-adakan cerita dan cuba membayangkan beliau mempunyai pengaruh yang kuat dan pengikut yang ramai.



Faktanya, bertanding dalam PRU 15 di kubu sendiri pun beliau kalah.

 

Zahidi Syok Sendiri Mahu Sertai PKR

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button