AS sekat visa terhadap Taliban yang didakwa memeras wanita

AS sekat visa terhadap Taliban yang didakwa memeras wanita

AS sekat visa terhadap Taliban yang didakwa memeras wanita
PASUKAN Taliban melarang wanita menyertai alam pekerjaan dan pendidikan di Afghanistan.-AFP

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengumumkan sekatan visa baharu terhadap Taliban sebagai tindak balas terhadap larangan pekerjaan dan pendidikan untuk wanita di Afghanistan.

Menurut Blinken dalam satu kenyataan, sekatan visa tambahan turut dikenakan ke atas anggota semasa atau bekas Taliban, anggota kumpulan keselamatan dan individu lain yang dipercayai bertanggungjawab atau bersubahat menindas wanita dan gadis di Afghanistan.

“Tindakan menindas itu termasuk mengharamkan wanita daripada memasuki universiti dan bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” kata Blinken.

Sejak kembali berkuasa pada Ogos 2021, Taliban mengenakan sekatan yang ketat ke atas wanita Afghanistan, melarang mereka daripada memegang pekerjaan awam, menghadiri sekolah menengah dan universiti atau pergi ke taman awam.

Pada penghujung Disember tahun lalu, kumpulan itu melarang NGO daripada bekerjasama dengan wanita Afghanistan menyebabkan beberapa organisasi menggantung aktiviti mereka.

Blinken menambah, Washington akan terus melaksanakan penyelarasan dengan negara-negara bersekutu bagi menjelaskan kepada Taliban bahawa tindakan mereka akan membawa kos yang besar selain menutup laluan kepada hubungan yang lebih baik dengan masyarakat antarabangsa.-AFP

AS gesa Israel dan Palestin redakan ketegangan

AS sekat visa terhadap Taliban yang didakwa memeras wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker