Biden umum kumpulan saintis tangani COVID-19

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih, Joe Biden berjanji menamakan satu kumpulan saintis untuk menyertai pasukan petugas menangani penularan COVID-19.

“Isnin ini (esok), saya akan menamakan satu kumpulan diterajui saintis dan pakar sebagai penasihat untuk membantu pelan Biden-Kamala Harris serta mengubahnya menjadi rangka kerja sebenar yang akan bermula 20 Januari 2021,” kata Biden kepada penyokongnya.

Biden dalam kempen pilihan raya Presiden sebelum ini memberi isyarat akan mewujudkan pelan menangani pandemik COVID-19 dan digerakkan bersama Kamala yang dipilih sebagai Naib Presiden.

Pengumuman itu dijangka dibuat esok ketika AS mencatat rekod kenaikan kes harian baharu COVID-19 sejak tiga hari berturut-turut.



Sepanjang tempoh tiga hari lalu, AS mencatat 122,075 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menurut perangkaan Universiti Johns Hopkins semalam.

Angka kematian dalam tempoh itu ialah 991 dan menyebabkan jumlah kes mati akibat COVID-19 di AS naik kepada 237,016 orang.

AS adalah negara paling teruk terjejas akibat penularan COVID-19 dengan jumlah kes kematian dan jangkitan yang tinggi iaitu lebih 9.8 juta kes. – AFP

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – PAC WAJAR KAJI SEMULA KESELURUHAN LAPORAN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker