Ibu tunggal menangis, terlepas hukuman gantung

Melaka: Seorang ibu tunggal terlepas hukuman gantung apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Ayer Keroh, hari ini, daripada enam pertuduhan termasuk mengedar dadah.

Tertuduh, Karen Liang Moi Ying, 43, yang juga penjual buah bagaimanapun dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas kesalahan memiliki 20.25 gram dadah Methamphetamine.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan atas enam pertuduhan iaitu dua tuduhan mengedar dadah dan empat tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah.



Dalam penghakiman lisannya beliau berkata, mahkamah menimbangkan secara maksimum keterangan saksi pendakwaan seramai 19 orang dan tiga bagi pembelaan termasuk tertuduh dan anak perempuannya.

Menurutnya, terdapat keterangan daripada saksi pembelaan iaitu anak perempuan tertuduh mengenai bekas suaminya yang pada masa kejadian ditahan di Simpang Renggam mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Selain itu, ujian persampelan DNA dilakukan pakar forensik di tempat kejadian menemui profil dua individu berbeza selain tertuduh termasuk pada sikat, tuala, rambut dan berus gigi di bilik mandi yang bersambung dengan bilik tidur.

“Mahkamah dengan ini mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, justeru tertuduh dibebaskan atas enam pertuduhan lain,” katanya di akhir kes pembelaan petang tadi.



Anselm berkata, mahkamah bagaimanapun mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah berhubung pemilikan dan kawalan sepenuhnya 142.09 gram dadah methamphetamine yang dijumpai di dalam beg tangan tertuduh semasa ditangkap.

Methylenedioxyamphetamine (MDMA) seberat 1.14 kilogram dan 142.09 gram methamphetamine, di sebuah pangsapuri dan bandar Melaka, lima tahun lalu.

Tertuduh, Karen Liang Moi Ying, 43, yang juga penjual buah bagaimanapun dijatuhi hukuman penjara empat tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 13 Oktober 2018 atas kesalahan memiliki 20.25 gram dadah Methamphetamine di kawasan meletak kenderaan Tingkat 3B, pangsapuri terbabit.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan atas enam pertuduhan iaitu dua tuduhan mengedar dadah dan empat tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah.



Dalam penghakiman lisannya beliau berkata, mahkamah menimbangkan secara maksimum keterangan saksi pendakwaan seramai 19 orang dan tiga bagi pembelaan termasuk tertuduh dan anak perempuannya.

Antara lain kata, pembelaan membangkitkan keraguan berkaitan set anak kunci pangsapuri dan bilik tidur tempat penemuan sejumlah dadah turut boleh diakses oleh ramai orang dan bukan hanya tertuduh dan bekas teman lelakinya (tertuduh kedua) yang dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan.

Menurutnya, terdapat keterangan daripada saksi pembelaan iaitu anak perempuan tertuduh mengenai bekas suaminya yang pada masa kejadian ditahan di Simpang Renggam mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Selain itu, ujian persampelan DNA dilakukan pakar forensik di tempat kejadian menemui profil dua individu berbeza selain tertuduh termasuk pada sikat, tuala, rambut dan berus gigi di bilik mandi yang bersambung dengan bilik tidur.



“Mahkamah dengan ini mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, justeru tertuduh dibebaskan atas enam pertuduhan lain,” katanya di akhir kes pembelaan petang tadi.

Anselm berkata, mahkamah bagaimanapun mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah berhubung pemilikan dan kawalan sepenuhnya 142.09 gram dadah methamphetamine yang dijumpai di dalam beg tangan tertuduh semasa ditangkap di pakir berkenaan.

Terdahulu, suasana pilu disaksikan apabila tertuduh menangis sambil memeluk tiga anak dan kakaknya dari kandang pesalah sejurus mendengar mahkamah.

Ketika ditanya, tertuduh yang baru memeluk agama Islam pada 1 Jun 2022 dan menggunakan nama Liang Huda Humaira menyatakan dia bersyukur dan terharu kerana doanya ketika di penjara dimakbulkan Allah sekali gus terlepas hukuman gantung.



Dia malah turut melompat kegembiraan dan turut melakukan sujud syukur serta memeluk anggota polis sambil menangis.

Bagi pertuduhan mengedar dadah dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan boleh digantung sampai mati.

Sementara bagi pertuduhan memiliki Monoacetylmorphine seberat 1.10 gram dan heroin seberat 2.18 gram, didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dia juga berdepan tuduhan Seksyen 9 (1) dan 30 (3) Akta Racun (AR) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 32 (2) dan 30 (5) akta sama, masing-masing kerana memiliki 39.71 gram Chloroquine yang tersenarai dalam Jadual Pertama dan 345 gram Etizolam (Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Psychotropic Subtances) akta itu.



Kesemua kesalahan itu dilakukan pada 13 Oktober 2018, jam 4.30 pagi di sebuah unit apartment di The Shore@Pinggiran Bunga Raya, Jalan Persiaran Bunga Raya di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Nabilalif Mohd Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Quek Kia Ping.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button