Lelaki Failkan Saman Terhadap Rakan Wanita

Kecewa Hanya Sekadar ‘Kawan’

Seorang lelaki di Singapura dipercayai tidak boleh menerima dirinya di ‘friendzone’. Oleh demikian, dia bertindak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas rakan wanitanya itu.

Menerusi laporan South China Morning Post, lelaki tersebut, K. Kawshigan menyaman Nora Tan sebanyak S$3 juta (RM9.8 juta) atas ‘trauma emosi’ yang dihadapinya. Nora difahamkan tidak lagi mahu meneruskan hubungan romantik antara mereka dan itulah punca Kawshigan memfailkan saman.

Selain itu, K. Kawshigan mendakwa Nora telah melanggar satu perjanjian dalam satu saman berasingan berjumlah S$22,000 (RM71,830).

Tuntutan ini berpunca daripada kekecewaan K. Kawshigan terhadap Nora Tan yang hanya menggangap hubungan mereka sebelum ini hanya sekadar kawan.

Dipercayai, hubungan mereka bermula pada tahun 2016 namun berdepan konflik pada September 2022 apabila mereka mempunyai pendapat tersendiri mengenai hubungan percintaan.

Sementara itu, kedua-dua mereka menyertai sesi kaunseling dan Nora mengharapkan agar Kawshigan boleh menerima hakikat.

Susulan daripada itu, Kawshigan masih bertegas dengan keputusannya untuk tidak menerima hubungan ‘sekadar kawan’. Oleh kerana demikian, Nora memfailkan prosiding gangguan terhadap Kawshigan.

Sumber: South China Morning Post

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker