24 pekerja kilang maut dalam kejadian banjir di Maghribi

09/02/2021 01:59 PM

RABAT, 9 Feb — Seramai 24 orang meninggal dunia dalam kejadian banjir di sebuah kilang tekstil di Tangiers, Maghribi pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Arab (MAP).

“Berlaku kebocoran di bangunan kilang itu menyebabkan air banjir menenggelamkan kilang berkenaan dan beberapa pekerja terperangkap.

“Pihak berkuasa tempatan, keselamatan dan perkhidmatan pertahanan berjaya menyelamatkan sepuluh mangsa yang kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan,” lapor agensi itu memetik kenyataan kerajaan Tangiers.

Kenyataan itu tidak mendedahkan punca kematian namun media melaporkan mangsa terkena kejutan elektrik akibat kerosakan peralatan elektrik.

“Pihak berkuasa membuka siasatan dipercayai di bawah pengawasan pihak pendakwaraya untuk mengenal pasti punca kejadian dan menentukan pihak yang bertanggungjawab,” tambah MAP.

Sejak kebelakangan ini Maghribi dilanda hujan lebat dan salji.

El Al Israel Airlines lancar penerbangan terus pertama ke Maghribi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker