Pasukan EPL terus berbelanja mewah

LONDON: Perbelanjaan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Januari hampir sekali ganda melebihi rekod sebelumnya ketika pasukan liga utama itu berbelanja besar tidak seperti sebelumnya.

Chelsea membelanjakan £326 juta (RM1.7 bilion) yang mewakili satu pertiga daripada keseluruhan £815 juta (RM4.27 bilion) dikeluarkan kelab EPL.

Blues mengeluarkan duit mereka bulan ini menyamai apa yang dibelanjakan keseluruhan EPL pada Januari 2022.

Dan ia melebihi semua yang dibelanjakan kelab di empat liga utama Eropah – Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis.



Pakar kewangan bola sepak Deloitte, yang membuat analisis mendapati perbelanjaan keseluruhan 20 kelab EPL musim ini membabitkan £2.78 bilion (RM14.58 bilion).

Ia 50 peratus melebihi rekod sebelumnya, £1.86 bilion (RM9.75 bilion) dibelanjakan pada 2017-2018 dan hampir sekali ganda daripada musim lalu.

Perbelanjaan pada jendela perpindahan musim sejuk – dengan enam pasukan utama membabitkan Chelsea, Arsenal, Liverpool, Spurs dan dua kelab Manchester, menyumbang 54 peratus daripada keseluruhan – yang menunjukkan EPL memiliki kewangan tersendiri.

Rekod sebelumnya pada Januari ialah £430 juta (RM2.25 bilion) dibuat pada 2018 tetapi kali ini, kelab EPL menghabiskan £275 juta (RM1.44 bilion) hanya pada hari terakhir sahaja.



Perbelanjaan bersih bulan lalu – termasuk jualan – ialah £720 juta (RM3.77 bilion), penambahan 400 peratus daripada rekod sebelumnya yang dicipta 12 bulan lalu.

Perkara membimbangkan ialah 85 peratus daripada perbelanjaan itu mengalir keluar daripada bola sepak England ke negara lain dengan hanya £25 juta (RM131.08 juta) digunakan bagi mendapatkan pemain dari Liga Bolasepak Inggeris (EFL).

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker