Simpati Nasib Pengasas Hot Burger, Sokong Tindakan Tutup Premis Perjudian Segera – Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa simpati dengan nasib pengasas Hot Buger Malaysia, Mohd Asri Hamid, yang membuat pendedahan berkaitan premis judi serta gerai peniaga warga asing yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Katanya, aktiviti judi haram berleluasa dan yang menjadi mangsa adalah mereka yang berpendapatan rendah.

“Saya kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger. Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan.

“Aktiviti judi haram berleluasa. Yang menjadi mangsa mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya mereka merana. Secara peribadi saya menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) melalui kenyataan pendek di laman Facebooknya hari ini.



Terdahulu dilaporkan tular satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Asri Janggut mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Dua video dengan tempoh 13.28 saat dan 8.29 saat itu ditonton oleh jutaan orang dan dikongsi secara terbuka.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat laporan polis berhubung video tersebut yang dianggap satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar. – UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker