Hubungan erat pemain rahsia kekuatan Arsenal

LONDON: Mikel Arteta berkata usaha Arsenal untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dipacu oleh “perpaduan dan kebersamaan” pemainnya.

Skuad kendalian Arteta kini mencipta jurang lapan mata berbanding pencabar di tangga kedua, Manchester City berbaki 10 perlawanan.

Skuad Gunners, yang akan menanti kunjungan Leeds esok, ada peluang terbaik untuk menang gelaran England pertama sejak Arsene Wenger melakukan ‘Invincibles’ pada 2004.

Selepas tewas 3-1 berdepan City seterusnya melepaskan kedudukan teratas EPL, Arsenal melalui enam kemenangan berturut-turut dalam liga untuk kembali mengawal perebutan gelaran.



Ia musim yang menakjubkan buat Arsenal, yang memulakan kempen kali ini selepas membenarkan seteru utama utara London, Tottenham melepasi mereka untuk empat teratas musim lalu.

Bos Arsenal, Arteta percaya bahawa rahsia kejayaan pasukannya yang tidak dijangka itu ialah hubungan erat antara skuad.

“Kami ada tahap kejohanan yang tepat dan kerjasama rapat kerana mereka benar-benar mahu membantu satu sama lain, malah mereka mencabar sesama sendiri yang membantu pasukan seterusnya menaikkan standard yang kami mahukan,” kata Arteta kepada Sky Sports.

“Rahsianya mungkin perpaduan dan kebersamaan yang ada antara mereka.



“Mereka suka menghabiskan masa bersama, mereka suka bermain bersama, mereka suka bermain di di depan penyokong kami dan mereka benar-benar merasakan seperti sebahagian daripada kelab. Saya rasa ia benar-benar kuat.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker