Rela melecur tapak tangan demi selamatkan motosikal kesayangan

Rela melecur tapak tangan demi selamatkan motosikal kesayangan

Rela melecur tapak tangan demi selamatkan motosikal kesayangan
Antara 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya, Seberang Jaya sini dalam kejadian awal pagi tadi.

BUTTERWORTH: Seorang penduduk melecur tapak tangan demi menyelamatkan motosikalnya yang terbakar dalam kejadian di Flat Tuna D4, Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Motosikalnya antara 15 yang musnah dalam kebakaran di perkarangan flat berkenaan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Zul, 29, berkata, dia menyedari kejadian itu pada jam 5.15 pagi selepas dikejutkan isteri.

Katanya, dia yang tinggal di tingkat empat flat berkenaan terlihat api sedang marak membakar deretan motosikal di kawasan parkir berhampiran rumahnya.

“Isteri bangun awal untuk bersahur dan tergesa-gesa mengejutkan saya sebelum memberitahu terdapat kebakaran di kawasan parkir.

“Saya bergegas turun ke kawasan itu dan dapati tiga lagi jiran berusaha menyelamatkan motosikal yang lain,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mengulas lanjut Zul berkata, ketika kejadian, kawasan parkir itu dipenuhi sebanyak kira-kira 30 motosikal.

Katanya, dia dan jiran turut menjerit bagi memaklumkan kepada penduduk yang lain mengenai kebakaran itu.

“Mujurlah kebakaran itu disedari jiran jika tidak, banyak lagi motosikal akan musnah.

“Tapak tangan saya turut melecur terkena besi panas ketika menarik motosikal yang sering saya naiki bagi ke tempat kerja,” katanya yang tinggal di kejiranan itu sejak lima tahun lalu.

Menurut Zul, ia adalah kejadian kedua dalam tempoh setahun yang mana kali terakhir membabitkan kebakaran sebuah kereta.

“Saya bimbang sekiranya ada unsur khianat dan diharap pihak berkuasa dapat menyiasat punca kebakaran itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.11 pagi.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai diketuai Shahrul Munawer Taharen ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

Sebanyak sembilan motosikal musnah sehingga 95 peratus manakala enam lagi 50 peratus.

Kebakaran juga turut menyebabkan stor penyimpanan peralatan sembahyang yang dibina berasingan musnah sebanyak 80 peratus.

Kanak-kanak 6 tahun rentung rumah terbakar

Rela melecur tapak tangan demi selamatkan motosikal kesayangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker