Singapura: Pelajar rancang lakukan keganasan ditahan

Singapura: Pelajar rancang lakukan keganasan ditahan

Singapura: Pelajar rancang lakukan keganasan ditahan

SINGAPURA: Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun dilaporkan ditahan pada Disember tahun lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas merancang melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan luar negara.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, seorang merancang menikam dan membunuh orang awam, termasuk orang yang beragama Islam di lorong-lorong gelap.

Lapor Berita Harian Singapura, remaja berkenaan yang ingin memulakan pemerintahan khalifah di Pulau Coney bernama Negara Islam Singahafura, juga berhasrat merekrut 100-500 pejuang setempat untuk melaksanakan serangan-serangan itu.

Menurut ISD, dia telah mencacakkan bendera yang dibuatnya sendiri serupa dengan bendera yang digunakan oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham dari Syria yang berhubungan dengan Al-Qaeda di Pulau Coney, pada Hari Kebangsaan Singapura tahun lalu.

Dia juga merancang mengambil video dirinya melakukan baiah atau ikrar taat setia di Pulau Coney pada hujung minggu 12 dan 13 November tahun lalu dengan memakai seragam NCC dan mengangkat senapang mainan.

Remaja itu turut merancang melakukan serangan bom ke atas tapak perkuburan Habib Noh di Masjid Haji Muhammad Salleh yang dipercayainya sebagai ‘tidak selaras dengan Islam’.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, K.Shanmugam, mengesahkan remaja itu diberkas empat hari sebelum melaksanakan tindakan itu.

Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

Singapura: Pelajar rancang lakukan keganasan ditahan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker