Skuad United keracunan makanan

LONDON: Pemain dan kakitangan Manchester United mengalami keracunan makanan selepas kemenangan mereka dalam Liga Europa di Moldova.

Kumpulan itu terus kembali ke Manchester selepas kemenangan 2-0 menentang FC Sheriff Khamis lalu menggunakan penerbangan khas.

Namun ada antara mereka mula berasa tidak sihat pada Jumaat.

Difahamkan sehingga 12 pemain dan staf United mengalami kesan daripada kejadian itu.



Kelab kini cuba melihat sama ada ia membabitkan apa yang dimakan kumpulan itu ketika berada di Chisinau atau ketika dalam penerbangan pulang.

Ramai pemain tidak mengikuti latihan pada Jumaat kerana kurang sihat tetapi kembali cergas pada Sabtu manakala ada yang masih belum pulih.

Mereka yang dijangkiti dan dijadualkan menyertai tugasan antarabangsa, masih berupaya menyertai negara masing-masing.

Masih belum jelas bagaimana keadaan sebenar skuad itu dan adakah mereka akan terjejas bagi perlawanan di laman sendiri berdepan Leeds United jika ia diteruskan.



Kemenangan di Chisinau meletakkan kempen United dalam Liga Europa di landasan sebenar selepas kalah dalam aksi pembukaan Kumpulan E berdepan Real Sociedad.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker