Singgang Pedas Ikan Kembung

Singgang Pedas Ikan Kembung
Singgang Pedas Ikan Kembung

 

Resepi yang sungguh mudah tetapi sangat sedap dan menyihatkan kerana semuanya direbus. Masakan ni walaupun mudah tetapi sangatlah membuka selera lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan yang segar. Jom cuba 🙂

 

Bahan-bahan:

 

  • 4 ekor ikan kembung
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 batang serai, dititik
  • daun kesum
  • 1 inci lengkuas, hiris nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan kisar halus:
  • 3 biji cili merah
  • 3-4 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • secubit belacan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.

Resepi Singgang Ikan Kembung

Singgang Pedas Ikan Kembung

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker